emak yang kandungkan aku sembilan bulan.

Posted in By beoma 0 comments

i know she is worried. Walaupon haritu dia bagai setuju untuk serahkan segalanya kepada Allah. Dia redha.

tapi aku tahu dia bimbang. Depan depan dia tak penah tunjuk bimbang. Kadang aku terdengar dia bersembang dengan abah. Seakan berbisik tentang apa ujian Allah mendatang.

ibu mana tak bimbang.

 

dan abah pulak semua masalah anak anak boleh bawak bincang. Dalam kepala dia penuh rancangan. Cuma satu kelemahan dia ;anak yang sakit. Nanti dia akan total kemurungan. Sampai dia seolah tak nak ambil tahu pasal apa bakal jadi dekat aku. Aku tahu malam malam dalam bilik segala benda dia korek dari umi pasal aku. Abah takkan tunjuk kelemahan dia depan depan. Sebab anak yang kuat datang dari dia. Dia pon tak boleh lemah.

Jumaat ni mri.

Allah dah tahu apa yang ada. Apa yang tak ada.