terkulai

Posted in By beoma 2 comments



saja nak bercerita sikit.
semalam aku tidur dalam pukul 4 pagi jawab past year questions dengan burg. lepas bangun solat subuh then tidur balik. penat and mengantuk tak hilang lagi. badri ada masuk billik somewhen pukul 9 entah kenapa aku pon lupa. tapi aku ada bangun cakap something dengan dia sekejap kemudian tidur balik. tak tahu signifikan ke tidak, rasa nya takde kaitan dalam plot. tapi apa yang penting dalam pukul 9.30 macam tu aku terjaga. mungkin rasa macam dah cukup tidor for the day. aku tidur prone position kepala toleh ke kiri 3/4 muka tekup ke bantal, tangan kanan sedikit ditindih badan internally rotated menghempap nerve dekat bahu aku sesedap mungkin selama aku tidur setengah jam barangkali.

ini saja nak bercerita taw,

aku nak bangun, banyak lagi nak study bagai. masa nak bangun aku cuba tarik tangan kanan aku nak betulkan posisi. tapi rasa lain. aku langsung tak rasa tangan aku, aku tahu tangan aku inapproprately placed tapi aku langsung tak rasa tangan aku, aku cuma rasa sampai bahu kemudian rasa sambungan anggota badan aku ke tangan berhenti disitu. langsung tak rasa siku, lengan dan tangan. langsung tak rasa jari. rasa kosong.

ini saja nak bercerita taw.

disebabkan itu satu surge of energy flew in my body terus lontarkan badan aku berdiri tegak dari katil, aku kerling kanan aku. nampak tangan tapi rasa asing, sebab aku tak rasa langsung tangan aku. apa aku rasa cuma sedikit beban di bahu kerana perlu memikul sebatang dahan kayu berwarna coklat, bergantung dari bahu aku ke bawah, mirip tangan aku, walhal memang tangan aku. terkulai terhuyung hayang tergantung.

Allah.

aku gapai tangan kanan aku guna tangan kiri aku. sejuk. lembut. seperti tangan mayat, terasa pucat, sejuk. lembut dan sangat hypotonic seperti tangan mayat, aku angkat terasa berat. bahu kanan aku rasa kurang terbeban dek tangan kiri aku yang sudah membantu memikul tangan asing itu.

Allah, aku lari keluar dari bilik. Allah. Allah. Allah sudah ambil tangan aku?

aku usap usap lengan kanan yang terasa sejuk, telapak tangan kiri terasa haba panas gosokan, tapi belah kanan cuma terasa sejuk, aku hanya rasa sampai bahu lagi. ulang alik macam orang gila di ruang tamu, mulut tak henti henti sebut nama Dia, sebab Dia yang mahu ambil kiranya sudah sampai waktu. aku pikir mendalam hal ini. Kuasa Allah bukan main, kita gelak tiap hari, sakan semacam yakin yang esok pasti ada lagi. sebab yakin manusia sampai hilang percaya akan semudah carikan gegula kapas, semudah itu, mungkin lagi mudah, untuk Dia matikan kita esok pagi. tapi kalau betul masih bernyawa, siapa yakin dia nak bagi sepenuhnya bangkit.
mana tahu Dia nak ambil secebis? sebelah tangan contohnya.

10 saat macam tu aku gosok, aku dokong tangan kanan aku ibarat bayi kecik, aku rapatkan ke dada, sejuk menyentuh dada aku. aku cuba gerakkan jari aku, sebab walau hilang rasa, kita masih ingat cara.

Alhamdulillah,

ibu jari aku bergerak sedikit, bersama lagi dua tiga jari lain. alhamdulillah. perlahan lahan terasa balik bahagian yang lain. terasa hangat semula. aku dokong tangan balik ke bilik.

perlahan lahan terasa balik.

haha, gelabah gila kan? tapi masa tu teringat balik semua dosa tangan aku tanggungkan ikut hati dan nafsu selama ni.

sedetik terasa sangat insaf ya Allah.

biarlah aku mampu insaf sampai mati ya Allah.