rumah.

Posted in By beoma 0 comments

home

Is where telinga kiri dengar burung berkicauan
Telinga kanan dengar bunyi enjin tangki air tgh pam

Home
Is where dengar umi tumbuk sambal guna lesung di dapur
Abah mengaji dekat ruang tamu di laman hadapan

Home
Is where dapat tengok adik adik bagai mentadak tidur terbongkang
lawak annoying adik perempuan mulut murai di meja makan

Home
Is where umi abah bertanding systolic siapa lagi tinggi
Siapa miss ubat semalam.

Home
Is where umi reminisce balik susah payah abang kakak
Jadikan bukti ada bangun selepas tercampak

Home
Is where aku tak perlu fikir jadual makan
Pagi esok subuh umi abah kejutkan

Home
Is where sabtu petang satu family tgk hindustan
Terbongkang kekadang abah berdengkuran

Home
Is where bila first balik mata bergenang nak menangis aku tahan
Bila nak tinggalkan ku pohon suatu hari aku dipulangkan.

Syurga.