2 pagi

Posted in By beoma 0 comments

kadang rasa tak adil dekat blog ni, dekat musim, bila patah hati bila sedih je aku datang sini, menconteng segala bagai rasa perit dalam diri.

musim, whats if setiap pukul 2 pagi aku cuba datang, cuba cerita dekat kau apa jadi di hari hari aku, benda bosan yang aku buat. Hanya untuk distract aku. Harini pon banyak kali aku pesan dekat diri aku tiap kali ada benda ganggu minda aku

" 2 pagi ! "

tengah bawak motor, angin tiup muka aku, rasa macam tenang dan kosong, tapi

"2 pagi ! :

sebab aku nak pukul 2 pagi je aku akan fikir pasal semua masalah aku, waktu lain aku tk nak pikir, tak nak distract jiwa aku. sebab aku sedih. sedih sangat.

tapi bila sampai pukul 2 pagi. aku rasa macam tak perlu nak pikir sangat. padahal seharian hari ni aku tak berpikir pasal benda ni. at least aku dah boleh tahan perhaps. tapi kita tengoklah bila aku dah baring atas katil nanti. aku akan pikirkan ke tak.

tadi papa datang bilik macam serius dia tanya dekat aku. tapi aku pandai sembang lari topik dengan lawak ntah pape.

kemudian sejenak aku terpikir, macam mana kalau aku bagitahu je papa.

tak jadi. aku malas.