ada orang masalah mereka lagi teruk dari kau ama

Posted in By beoma 0 comments

sebenarnya tadi aku bukak musim ingat nak cerita pasal sakit jiwa ni dengan masalah sosial yang kononnya membebankan dan mematahkan bahu aku ni. tapi tetiba dapat panggilan dari umi.

bertanya pasal ubat darah tinggi nenek sedara aku. lantas bertanya khabar pasal diri aku.
semuanya baik. dekat umi, aku jarang cerita pasal masalah lain selain dari takut nak tunggu masuk exam atau nak keluar result atau masalah migrain aku. tapi sekarang jarang migrain. pasal masalah sosial ? haram jadah aku nak cerita. tapi gila kau, sapa saja yang tak ada masalah sosial, well planned and managed person macam imran pon aku yakin ada benda yang berputaran dalam kepala dia dari aspek sosial yang boleh dikategorikan sebagai satu masalah.

aku bercerita pasal abang azhar dekat umi. semuanya. bila cerita semua masalah kawan aku tu dekat umi baru aku teringat balik. keciknya masalah yang aku ada ni. sepatutnya tidak significant pon. kenapa aku perlu berfikir satu seluruh hari pasal masalah aku.

aku sedikit tenang.

alhamdulillah, sekurang kurang nya ini bukan yang paling teruk.



Day 1 passed.