tiap hari aku busy masa cuti

Posted in By beoma 1 comments

aku tak tahu kenapa tetibe rasa susah nak update. mungkin aku ingat sebelom ni cuti ni mungkin rasa free gila padahal busy rupanya. tak sangka pulak everyday rasa pack gila dengan jadual padahal duduk dekat rumah je.
mungkin sebab masa balik haritu aku rasa damn i have a month of holiday everyday mengadap laptop je so bila bila masa boleh akses masuk dashboard blog and update something. about anything. update pasal hari raya lepas ke(tak buat lagi) ataupon pasal hobi baru melukis nak ceritakan progres sampai mana dah and dah berapa dozen potret aku dah lukis and so on. yela, bangun awal pagi and i have 18 hours untuk meluangkan masa dalam rumah ni sebab aku tidur selalunya cukup 5-6 jam. kononnya gamer takde masa tidor yang mencukupi lagi satu poyo gila lah kalau nak mengaku gamer padahal main dota je. game lain mana aku main. mario pon tak sempat jumpa princess. gila kau aku dah kira berapa total game aku dah main dota rasanya dah cecah 2000 game dalam dua tahun ni bila campur kelima lima akaun aku ada fakyehh ! tak masuk dota 1 lagi. tu baru dota 2.

apa aku buat everyday adalah bangun tidor seawal 6 pagi seperti muslim muslim lain ecewah sebab mak bapak kejut kalau tak memang taik la set jam loceng pon pukul 6.30 mana taw abah dah kejut tapi masih terbabas. ada backup. lepas tu melepak dekat ruang tamu depan tv tunggu adik adik siap pakai baju nak pergi sekolah lepas tu lambai tangan dekat umi abah nak pergi sekolah, mak bapak cikgu kan . baru lah aku bukak laptop pukul 7 pagi tak pon resume dari hibernate sebab semalaman download movie. see aku tak tidor pagi kan. kalau terbukak ijab boleh nampak malaikat bagi rezeki  allahua'lam kuasa allah. orang tidor lepas subuh ni kurang rezeki sikit. dengaq dekat tazkirah la secara detail dan tepat nya aku tak berani nak bercerita. tapi macam mana pon pukul 12 baru makan nasik pagi pagi kucar air milo cincoh senkut merry je. and the whole morning aku duduk dekat kerusi perot berlipat lipat main dota and tengok movie. sempat habis satu movie, kalau skyhy online, main dota dengan skyhy, kalau tak aku main sorang sorang test hero atau spoil game orang. dah nak sampai zohor tu aku scroll dekat imdb cari movie best depend on actor actress aku suka. pastu download dekat torrent. nak diceritakan loser dok aku ni baru first time guna torrent. excited la sikit. so keje download je taruk berapa movie skali download streamyx laju mana la sangat so satu petang tu aku tinggal lah laptop elpak dengan umi abah baliksekolah pukul 1-2 tgh hari.

petang petang depends lah, kalau ada orang ajak main dota kadang aku on kadang aku buat tak tau. ramai orang ajak kejap kejap ada party invitation. ecewah. selalu tengok kartun dengan adik adik la, tengok avatar yang dah beratus kali main tak pon spongebob, kalau best sikit upin ipin bila dah sampai waktu riadah aku main badminton takpon pergi padang bola duk depan tiang gol tunggu bola. tangan dekat belakang kalau tak aku p tampaq bola dah sangap sangat nak men basketball.

bila dah malam aku melepak dengan umi abah dan sakat adik adik aku, kadang kadnag sampai nangis. sekarang takpe kalau sakat sampai nangis pon umi abah dah tak marah aku macam dulu. dulu kalau buat hal sampai adik nangis abah siap amik kerusi meja belajar and terjah aku dekat dinding tolong bayangkan macam mana gambaran nya aku memang tersekat celah celah kaki kerusi dekat dinding sambil abah bagi warning suruh berubah sikit perangai tak habis habis nak sakat adik. sekarang aku dah bertanggung jawab sikit. aku sakat dengan niat nak mendidik. aku tegur sekali je. kali kedua pakai tangan. best gila. pastu adik aku tekup muka pakai bantal sebab nangis. umi abah pon cakap dengar la sikit abe amar cakap tu haish. aku berjaya dan gembira sebab jadi abang yang penyayang dan tegas.

bila dah lewat malam sikit aku tunggu umi abah tidoq selalunya pukul 10 dah tidor aku main dota sampai tengah malam. pukul 12-1 panjat katil tengok vine sikit pastu tidor.

pukul 2-3 pagi masuk steam mesej dari laili ajak dota.

lewat gila =.='