entri 300 - saya sayang abah

Posted in By beoma 1 comments

pagi tadi aku sembang dengan umi dan abah dekat ruang tamu dekat luar. umi suruh petang karang aku cucur air sikit dekat kancil merah yang dah 10 tahun lebih tu. sebab abah bawak kereta tu pergi sekolah. bila petang pulak, kereta tu jugak kadang kadang abah guna nak masuk kebun ambik durian. abah memang macam tu, abah lagi suka menampilkan dirinya sangat sederhana. abah bukan jenis yang nak bergaya. dulu abah pakai telepon pon casing battery asyik tercabut last last abah balut telepon dengan gelang getah. abah memang hati hati dengan segala peralatan dan hartanya. itu sebabnya semua barang barang abah tahan lama. lambat rosak. dan itu sebab apa saja milik abah nampak buruk. kalau abah dah lama tak update barang barang , memang umi selalu suruh kitorang pergi cari yang baru untuk abah sebab dia tak akan cari sendiri.

sebab bagi abah, kesenangan abah langsung tidak penting, yang penting untuk lihat anak anak abah bahagia.
sebab bagi abah, tiada benda yang mampu menggembirakan abah kecuali kejayaan anak anak abah.
dan bagi abah, tiada guna keselesaan, melainkan untuk anak anaknya.

bila umi meleter dekat abah pasal gaya hidupnya tadi.
abah cuma ketawa lucunya sambil bercakap

"abah tak kisah, yang penting orang tahu anak abah ada yang dah nak jadi doktor, ada yang dah nak habis PhD dan ada yang akan jadi pensyarah, cukupla tu"

umi senyum je. aku tatap kuew teow yang aku tengah makan sambil tersenyum senyum dengan kata kata abah. bimbang jugak. aku ni up down , kadang serius kadang main main. jiwa aku tak sekental juki atau pon shariz ma. senang saja jatuh tertonggeng kecewa malas bagai. harap harap dapatlah habiskan medicine ni dan gembirakan abah.