mimpi malam jumaat

Posted in By beoma 1 comments

ini lah jadinya kalau tengah bercuti, gila nak menulis blog, kejap kejap nak update kejap kejap nak update.
kalau update blog dapat duit, aku rasa by start sem baru aku dah ada koleksyen kewangan separa JPA dah, apakan daya nuffnang pon tak berdaftar, ada hingin nak duit masuk melalui blog. pergi mati. apa pon alang alang dah buat muqadimmah macam ni aku rasa eloklah aku update sikit, buat post khutbah jumaat tadi.

semalam aku mimpi ngeri. aku suka cerita pasal mimpi, nak nak mimpi yang bila aku tersedar, aku tak ingat aku mimpi apa , dia lain perasaannya dengan mimpi yg setelah ko sedar, ko masih terikut dengan alam mimpi maknanya kau masih taw tengah mimpi pasal apa. dalam mimpi semalam, aku pergi rumah seseorang, waktu tu gelap gila. aku rasa samar samar je mimpi tu. last last aku jumpa satu bangsal, macam garaj diperbuat dari kayu dan atap zink. dinding pon pakai kayu lobang lobang ada sebuah kereta warna hitam. aku pusing pusing kereta tu. pastu aku dengar bunyi macam ada orang bergesel gesel. aku pandang kereta hitam tu, atas bumbung tu ada macam makhluk sekilas pandang macam orang tua yang kurus keding yang tangan kaki dia panjang and tengah terbaring atas bumbung kereta tu. kepala dia over extend sampai ke belakang, dia tenung aku, tangan kaki dia dah bengkang bengkok. terperanjat dia memang aku rasa real gila aku rasa aku rebah dalam mimpi tu. and entah macam mana aku lari sambil merangkak masuk ke dalam rumah sebelah bangsal tu.

ada perempuan sambut aku, umur 50 an. dia sambut dengan mesra tapi muka menggelabah, dia pakai baju biru. dia panggil aku. aku masuk dalam rumah aku tunjuk tunjuk benda dekat bangsal tu. aku tercungap cungap. perempuan tu cakap sesuatu aku tak nak dedah dekat sini.dekat ruang tamu rumah tu aku nampak seseorang. tengah nangis. tengah baca doa. ada kurma di tangan. aku terkejut ada dia dekat situ. perempuan tu cakap budak tu nak puasa enam harini, dia tengah sahur dengan kurma. budak tu jeling aku sambil mata basah dengan air mata sambil tangan masih berdoa.

dia makan kurma tu perlahan lahan.