mungkin kisah sebenar sebuah roda

Posted in By beoma 0 comments

orang cakap hidup ni ibarat roda yang berputar. benar sangat lah. aku pon tak ada cerita untuk menyangkal malah tak ada sebab langsung. entry ini cuma ingin menyokong. tidak lazat kan. menyangkal adalah benda yang menarik, bersetuju tanpa membangkang sangat pasif dan kosong. ha sudah, mengarut juga sama. menarik.

      semua orang yang berjiwa mempunya fasa atas dan bawah ibarat roda dalam hidup mereka. menentukan juga kewarasan kita. kadang kadang bila kita waras dan ceria, kita gembira nokharom. tenang sangat. tentu ada. ada je fasa tu, tak mungkin sentiasa bersedih walau segloomy mana hidup kita. dan pada masa tu ada antara kita sedar, walau gembira macam mana pon kita sewaktu tu. akan datang saat kita akan bermurung, membenci dan mengutuk ngutuk nasib diri dan menyalahkan keadilan kerana tidak muncul. lemahnya iman kan? maka kita ingatkan diri kita, andai kata waktu untuk bermurung tiba, tenangkan diri, pelangi akan muncul. kegembiraan akan ada juga bagaimana pon. kita nasihatkan diri untuk bersedia untuk waktu itu. kononnya kita akan waras dan tenang, andai kata sedih bagaimana pon, kita akan tenang sebab kita tahu hidup ini sebuah roda.

maka waktu untuk bersedih dan membenci pon tiba. maka kita lupa langsung pada semua yang kita pesan pada diri di awal cerita. katanya , roda aku sentiasa di bawah. tak pernah naik ke atas, betapa kita lupa kan. susah nak kawal malah mungkin tiada kawalan langsung. 

     maka roda berputar membawa hidup kita ke atas. gembira kan?

     namun jangan lupa, roda terus berputar.