terberanak kali ke 21 !

Posted in By beoma 0 comments

Salam,

      Dua hari lepas birthday aku, alhamdulillah dapat sambutan hangat,tak sia sia tinggalkan tarikh lahir dekat facebook serta retweet tweet wish birthday bersempena menghargai wish serta nak bagitahu orang lain wei harini birthday aku, penat jugak nak mengelike serta berterima kasih, sekurang kurang nya kita tahu siapa cakna, even aku tak pernah nak usha pon notification birthday dekat facebook tu, selalunya aku dah hafal birthday semua orang, tengokla siapa raja prank masa tahun satu, alhamdulillah dapat balasan di hujung tahun year one, teruk jugak aku kena prank sampai nak termuntah tapi tak boleh lawan sufi yang termuntah seketul subway. serius aku tak tipu, boleh nampak pickles and onion. yang warna cokolat either sos bbq atau pon chyme yang terkeluar balik.

    Tahun ni masa tahun dua tak prank orang dah, dah insaf. Paling teruk pon masa birthday farid and sufi.ya, sufi kena sekali lagi. Dia tengah belajar rasanya kami pergi tanggalkan baju dia mendedahkan senjata bahagian atas nya dan prank dalam bilik air. Bagus jugak ingredient dia, tapi bahan bersih. Farid punya birthday memang prank mewah tahap bangang, ada ke patut prank pakai Indulgence =.=' tapi paling takleh blah bila hafizuddin yaziz kena kejar dengan shifol dan dia merayu nak masuk bilik aku sebab azri sempat masuk and kunci dulu, so dia melutu dekat luar depan shifol, bukan apa, shifol dah kena tempek dengan kek sebelum tu so dia kejar semua orang lah. masa tu aku tengah nyorok blakang tong sampah maka aku saksikan scene tragis menyayat hati hafizuddin kena tempek balik.

     Kalau perasan pattern aku menaip dah lain, sepatutnya tak sampai hujung aku dah tekan enter buat ayat di line baru, tapi kali ni aku nak nampak matang sedikit maka aku buat dalam perenggan yang formal. Takkan nak sia siakan belajar bahasa Melayu sekolah rendah dulu. Dengan cikgu Saad masa darjah lima. masa darjah 3 dan darjah empat, abah aku, cikgu Abdul Rahman yang ajar aku. Ya, abah aku cikgu sekolah rendah. Lagipon aku ada buat blog baru..jeng jeng jeng ! malas aku nak taruk link dekat sini, segan siot blog tu lagi formal, all in english, and english yang formal, bukan nya english nigger, aku lagi suka english nigger. sebab semula jadi. Blog lagi satu just nak merecord kisah aku di clinical year.

      Bercakap pasal clnical year aku terus buat perenggan baru sebab isi baru. Alhamdulillah aku dapat jemputan ke AMS. Kawan baik tersayang aku pon dapat,(dia konfemlah dapat) tak sia sia belajar dengan dia banyak gila haram sepanjang dua minggu study week, sebab dia tak de awal awal,balik rumah, sepatutnya tiga minggu. Aku rasa dia malas nak bising bising kan dia dapat AMS so aku tak nak mention nama dia. Pasal decision nak pergi ke tak, Allahu'alam.




Selamat menghabiskan 15 hari lagi ramadhan dengan penuh ibadah dan nikmat pahala berganda dari Allah SWT. Dan selamat mencari Lailatul Qadr !