kebelakangan ini.

Posted in By beoma 0 comments

duit raya?
nate apa ramai plak tanya pasal duit raya aku.
nak nak bila azri baru je buat statement sendiri cakap duit raya aku boleh buatat bayar duit pendaftaran nanti.
gila kau, itu jumlahnya seribu.
buang satu kosong dari seribu maka kau tahulah duit raya aku.
itu pon ko kena tolak 30 ringgit, tepat tepat la jumlah duit raya aku.
ya, raya aku agak 'hisap'.
nama lain 'suck'.
mana taknya, 100 batang satay yang berjaya aku capai tahun lepas gagal pada tahun ni.
aku rasa tak sampai 50 batang pon aku makan.
sedih kan, pasal salam salam mintak maaf di hari raya, no hal, facebook ada.
ko post sekali, 200 orang baca, nak nak hot setaf macam aku kan.
takyah post pon orang dah baca.

tak kisah la pasal duit raya.
jpa pon sedang bermesra manja dengan budak budka ini.
sudah berminggu jpa bermain "ciku cak a" dengan budak budak ini.
sampai sekarang tak dapat duit ryaa lagi.
aku bukan apa,
keluarga aku bukan keturunan raja.
bukan juga kenaikan raja.
adik beradik aku pon ada 5 ketul lagi bawah aku.
malas lah aku nak minta sedekah dari mereka.
kalo ada JPA  ringan tanggung jawab ibu bapa, mereka pon gembira, insyAllah masuk syurga.
tak apa la jpa.
harap harap bila dah nak sampai deadline bayar yuran pendaftran nanti, dapat la duit raya.

dan lately aku ada setelkan listing housemate dekat USB dengan eprtolongan husna @ vice batch rep,
bukan apa, kolej dah tetapkan rumate and housemate masing masing,
gila kau, macam mana kalo aku sebilik ngan budak perempuan?
bukan apa, iman aku aku boleh jaga, tapi sapa nafsu sampai sembilan?
dah dah.
benda lagi celaka adalah bila budak budak ni start panggil aku mpp.
nate apa?

by the way, aku nak ucapkan terima kasih pada tia, burg, kamil ,zaki and kamil sebab care dengan tweet tweet aku yang bodoh. anggap la aku nak uji friendship korang. cover segan ni weh.