Beruk Kenanga Lima

Posted in By beoma 2 comments

bukan aku tak mau bercerita pasal benda yang lebih bermoral.
namun beruk juga ciptaan allah.
motifnya dalah untuk bercerita tentang kebesaran allah.
ya, ayat tu selalu dapat kita dengar dari arif dan ridhau.
so its the time untuk mempraktiskan nasihat mereka.

beruk kenanga lima banyak keajaiban nya.
dan sekali lagi bukan aku pilih kasih terhadap kenanga satu.
cuma kenanga satu tak ada beruk.
cukuplah dengan adanya badri di kenanga satu .

beruk kenanga lima ada banyak jenis.
ada jenis yang ko sergah sekali je terus cabut lari lari macam beruk.
ada jenis bahangong (bahalol campur bengong) yang mana makin ko sergah makin beruk jadinya.
mana taknya.
penah ada kisah kami dimana aku bagi tajuk. Aku, Farid dan Beruk.
farid suka parkir motor dekat court kenanga lima, memang area beruk beruk buat maksiat.
so satu petang ni kami nak kelas pukul 2 lebih macam tu.
memang aku baru mandi bagai serta rasa segak habis dimana kalau duit syiling jatuh atas lantai pon aku tak nak tunduk kutip takut baju kedut.
and dekat area motor tu juga, beruk beruk tengah buat parti pisang bagai dekat celah celah motor.
so kami agak bengang.
memandangkan aku dah agak segak boleh dilabel yakuza pada masa tu,
aku sergah beruk beruk tu dengan penuh jantan.
terus cabut kecut telor sekor sekor.
yang tinggal cuma lagi sekor.
bapak ah buat kepala abes muka tak cuak pon dekat aku.
dia pandang aku ketat.

"weh! aku anak abah la!" jerit hati besar aku terus aku sergah lagi.

ok. kali ni beruk tu mungkin abah kepada beruk beruk.
dia kejar aku bagai khinzir liar.
aku sumpah cuak lari balik kolej. farid da cabut entah kemana.
gila ko tak cuak, sekali gigit boleh kena HIV weh, ni beruk mat rempit ni.
beruk tu follow aku sampai ke tangga kolej tapi dia stop.
aku yakin dia tak berani nak masuk kolej, maka aku sergah lagi.

kali ni aku pecut balik bilik luqman ilham kunci pintu.
gila punya beruk, kejar aku sampai aras dua.
putus ekor sperm.
dalam lima minit macam tu baru beruk tu blah.
and aku jumpa farid calar calar langgar tiang.
kali ni kami kutip batu bagai halau beruk tu.
and luqman turun sekali tolong kami.
dia bawak raket squasy dia ngan penyapu.
beruk beruk berjaya dihalau.
maka kami lewat ke kelas.


hati hati dengan spesis ni


gila punya beruk.