kawe poso, demo?

Posted in By beoma 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

esok MCQ dan EMJ.
aq tabah berusaha untuk tidak bukak buku.
malah kawan kawan pseudoKenanga'1' juga banyak mendorong aku.
maka aku dah khatam 3 game malam ini.
bukan apa, dosa hukumnya menyakitkan kepala.
macam mana nak beribadah dengan khusyuk kan,
dah dua minggu tempoh study week diberi.malam exam bukan lagi study week bukan.

jadi bagaimana puasa kita ya kawan kawan?
aku bukan ingin berbicara berbaur munafik dan hipokrit.
nama pon bulan ramadhon kan, maka gaya bahasa harus ditukar, berhijrah kata orang.

sahur pertama aku tidak sangat gempak dan banyak mengikut sunnah nabi.
rezeki allah roti nan cheese ditaruk sampai sahur.
dia punya keras ko bleh dapat double sunnah.
lebih 80 kali kunyah baru bleh campur air liur dalam mulut. belom boleh telan lagi.
nasib ada roti canai normal(biasa) milik sipol yang hanya dua keping.
maka kami kongsi bertiga.
sadis bukan?
malam esoknya kami serang restoran hakim, bukan setakat roti nan panas diorder, sekali ngan mamak mamak hitam kami bungkus buat sahur.

masa berbuka kami serang bazar.
masjid UiTM juga ada sediakan makanan berbuka,
namun kami lebih mementingkan saudara islam lain untuk berbuka dengan percuma.
maka kami berkorban sedikit jumlah kewangan untuk bersedekah dan membayar zakat kepada gerai gerai Roti Adam-ala-ala-Roti John dan nasi ayam kukus.
alhamdulillah setelah berapa ringgit ditelan, 
esoknya kami berbuka di masjid.

JPA merapatkan kami ke masjid.

P/S :kawan harus saling maaf memaafi..semoga selepas exam tiada benda tidak berfaedah berlaku ya. bulan ramadhan ni.