Sufi. tak kamcing kalo tak prank.

Posted in By beoma 1 comments

prank bufday shifol pada 29 februari lepas sangat mengecewakan.
gila kao. masa kitorang nak simbah dia pakai air rendaman sluar dalam 'ayam',
dia boleh serahkan tubuh dia sambil berkata "simbahlah" dengan muka takde perasaan abes.
ni kalau perogol bersiri pon takde nafsu nak merogol kalau yang dirogol rela dirogol.
agak mengecewakan.
lepas dari shifol aku da takde mood nak prank prank orang. lagipon takde peserta hunger game yang sesuai untuk di prank.

sehinggalah semalam memandangkan hari ini adalah 14 april 2012.
semalam birthday kawan baik gila baby aku.
sufi.
dekat 2-3 bulan dah aku tunggu tarikh hari ni.
da set up abes dah barang barang nak prank.
tup tup aku ada training basketball semalam.
even petang tu pon sufi dah larikan diri on foot ke fakulti memandangkan kunci motor dan wallet dia dah dirampas.
takpe takpe..aku bagi dia pikir puas puas mana nak nyorok as aku ada training basket kan.

tepat 11.30 malam aku balik.
budak budak kolej dah call bertanyakan mengenai prank bagai.
so kami set up semua bahan bahan prank sumer.
basic mesti ada..telur tepung bagai.
cuma kali ni kami bancuh yang special punya.
aku peram air tong sampah macam biasa.
then hancurkan surat khabar bencuh ngan telur tepung bagai..
taruk kicap kasi kaler coklat baru campur air tong sampah.
then sufi call tetibe cakap dia nampak aku tgh setup air tong sampah.
shit,dia dalam range 20 meter dari aku!


mata aku liar cari dia.
masa tu dia tgh nyorok dalam bilik TV tapi aku tak sedar.
kami teruskan setup bahan bahan dulu kasi dia lari puas2.
12.15 kami pegi cari dia.
aku ngan short n pagoda meliar depan delima cari dia as dia ada dekat delima masa tu.
tapi x jumpa plak.
but then dia call cakap ada kat perindu saja nak aku main kejar kejar ngan dia..
taik betol pendek ni.
aku kejar sampai DATC.
nak kul satu dah..aku dah lost dia kat ne.
pastu aku dapat calldari fithri yang dia ada dekat blok APB(kenanga 2) depan kolej kami kenanga 1.
tapi dia still hilang.

kami lepak depan kenanga 2 tu sambil bincang mana nak carik bagai.
tetibe nampak dia kuar dari bilik air kenanga 2.
apa lagi.da macam rusuhan binatang kami kejar dia.
kecut pendek gemuk tu panjat tangga tinggi kenanga nak ke jalan besar.
aku kejar gila gila ikut laluan motor kenanga.
bapak penat gila la sial..
pastu trap dia one on one dekat laluan jalan depan fakulti law.
memang dia dah tak larat nak lari dah.
gemuk tu dah tergolek2 penat gila atas jalan tar.
aku pon sama oh.
tergolek golek penat gila baby.

masa tu pali datang tolong tangkap dia..
pap pap..kena 3-4 biji telur kasi dia lekit lekit dulu tak nak dia lari dah.
bawak balik kolej peeeeeeeesta abes abes...

da kena rogol 2-3 round baru fithri keluarkan kek.
secret recipe choc indulgence amende nama entah.
aiskrim choc da cair kat tepi.
masa nak belah bleh plak ridau datang pecah kan telur atas kepala sufi.
abes kena kek .
part kena telur kitorang kasi azizi makan.
dia tak tau pon.
*tapi skang dia da tau kalo baca.padan muka ko.



paling best sufi termuntah muntah masa try kejar kitorang balik.
da kenyang subway petang tu bleh plak main kejar kejar kan.
memang taik pon bleh terkeluar dari mulut ko.
syok gila gak la prank kali ni.

ko kawan baik aku weh.
dari minggu first degree ni lagi kot.
sampai la ke hari ni.
biar pon ko nak marah aku sebab tak siapkan folio kriket.
tapi aku akan teman ko buat keje lain sesama.
smf kita banyak berganding.
dari karnival farmasi.
saf.
opkim.
cancer awareness.
olimpiad.
penat sesama.
ponteng kelas sesama.
gosip sesama.
high sesama.
tak kisah la berapa kali ko nak sumpah aku.
"serabai la amar!"
"selekeh la amar!"
asyik samakan aku dengan longkang yang entah pape.
janji ko tetap aku pegang sampai abes.
dan aku akan prank ko lagi empat kali hinggala kita graduate medic ni.




p/s : suatu hari nanti yang "tajam" tu pon kena ngan aku gak. tunggu je la.