naim

Posted in By beoma 2 comments

tengah polis duk baling tin gas pemedih mata dan air tin kokakola.
tengah orang duk duduk tengah jalan bantah sambil minum air tin kokakola yang dibaling.
aku membuat keputusan untuk mandi kolam di Hanna Inn.
sekali lagi.

berkali kali dah aku pegi.
air di situ makin cetek dah. atau aku makin tinggi.
dah bertahun tahun aku ke Hanna Inn dan tak penah jadi hajat aku sendiri pon.
bila naim ajak baru aku pegi.
budak ni pon dah jarang pergi ke Hanna Inn.
dia tunggu aku balik 2-3bulan untuk bercuti 2-3 minggu,baru di ajak nya pergi.

bila dia ajak, apa pon aku tak tolak.
walau aku tengah tidor tatkala hari panas terik,
tetibe dapat call ajak lepak bawah pokok tepi padang bola sepak,
memang 2-3 minit aku terus sampai sana.
nak masuk 7 tahun dah aku kawan ngan budak ni.
separuh umur dia.

ya, dia baru 14 tahun.
tapi meliar macam babun.
tapi nak buat macam mana,
budak sebaya aku dekat kampong ni memang takleh nak dibuat kawan sangat.
kalau nak buat aktiviti bersama rakan rakan sebaya disini,
aku akan end up dekat pusat serenti atau badan putus dua di jalan raya.
budak budak je yang masih suci.
and aku pn tatau jauh mana aku bleh jaga dorang.

masa aku form one,aku agak kera sumbang,
lepak tepi padang bola sepak tunggu orang panggil main. segan gila nak mintak join.
masa tu la naim yang baru darjah satu ajak main.
dia sangat comel dulu. gemok macam lolipop.
tapi sekarang dah kurus.
isap rokok kot.
hipotesis awal.

masa dia form one, aku cuti tunggu masuk medik.
tiap pagi aku teman dia tunggu bas ke sekolah.
dia sekolah petang.
bukan ada orang kat area taman aku pagi pagi org dah pegi sekolah bagai.
bapak sunyi gila nya kan.
dia jela kawan aku dekat kampong ni.

last day puasa tahun lepas

tahun ni aku balik lagi.
dia kemain sombong tak nak jumpa aku.
macam bulan bulan lepas.
tapi bila aku dah nak pergi uitm balik.
barulah nak monyok sedih tak nak bagi aku pegi.
yeah,this is my little petite friend.

dari kecik sampai besar,kolam ni tetap kecik.








masuk air dalam telinga










grow well.