ok. ini sangat teruk.

Posted in By beoma 5 comments

harini sumpah teruk.
masa farina call aku tadi,aku baru saja ingin menjamah nasi air kak mah.
baru saja dihidangkan tatkala telepon aku berbunyi menerima panggilan farina.
harini farina,syakir dan mek@kak@husnina telah ke fakulti untuk menyerahkan proposal event kami.
disebabkan dalam tempoh cuti,maka aku dah balik ke kelantan dan tak dapat join meeting dorang.

"woi,prof hamim koyak proposal kita ! " 

serius shit. tanpa salam.pembuka lebih ekstrem farina lontarkan pada aku.
proposal event kami sepatutnya dihadapkan kepada prof hamim harini.
aku dah tergamam gila. sumpah aku dapat bayangkan bagaimana keadaan itu berlaku.
tahap imaginasi aku berada di tahap di bawah kemampuan untuk membayangi keburukan suasana prof hamim mengoyak ngoyak kertas itu dan melontarkan ke luar tingkap.
aku beredar dari meja makan aku penuh resah.

"wei,aku tak tau wei,aku rasa cam nak nangis wei...teruk ah wei"

banyakkan penggunaan 'wei' ?,itu memang trademark stylo farina.
ok lupakan.
aku dah tergamam terkesima gila bila farina cakap macam tu.

fon kemudiaan dipasskan dekat kak @ mek @ husnina...
husnina suara penuh sebak tapi dia lebih tabah sebenarnya.
dia dalam loghat kelantan kami berbincang secara rough kesalahan yang mungkin terdapat pada proposal tu.

aku dah cuak gila. tak kan event ini akan dibatalkan. agak penting event ni.
aku suruh mereka bertenang dan bagi jalan penyelesaian setakat mampu.

fon dipasskan kepada syakir. sebagai the only lelaki kat situ. dia jaga jantan dia dengan baik.
dia dah tak tahan dah katanya. sebab ada mek dan farina je dia tak nangis.
reaksi prof sangat meretakkan hati dorang.
dorang masih berada di fakulti dan aku suruh dorang tunggu dr huzaimi dan prof igor abis kelas dahulu. jumpa dorang dan tanya jalan penyelesaian..

dan kemudiaannya syakir ketawa kecil dan berkata.

" kao percaya cerita kami ke? "



thanks friends......