the day lawak bodoh makan penampar

Posted in By beoma

basically,esok merupakan bermulanya final exam selama tiga hari,
dan pagi ini bermulanya final day minggu study yang selama sepatutnya-dua-minggu.

susah jugak nak diceritakan suasana nya bagaimana.
sebab ini kali pertama aku final exam dalam kos ini.
and its damn medicine man!

tegang nak mati.
kadang tegang sangat sampai nak menggila.
dan bila aku sudah separa gila.
banyak bilik yang aku attack menagih perhatian agar tidak merasakan terbiar melepak bersama buku sepanjang hari.
bila disebut melepak bersama buku.
aku harapkan agar pemikiran kamu tidak sangat optimistik.
melepak bersama buku bukannya memberi makna pembacaan berterusan hingga lupa nak berak.
tetapi melepak bersama buku memberi makna juga,
tidur bersama buku dimana buku dijadikan alas yang konon nya berlaku osmosis ilmu ketika tidur.
dan melepak bersama buku juga memberi makna makan bersama buku dimana buku dijadikan pinggan dan dikoyak koyak sebagai tisu pembersih mulut.
dan berak bersama buku memberi makna........tanya fazreen,dia keturunan cina mungkin.

dan aku rasa ke stress an minggu belajar di saat saat ini telah membina sikap berterus terang antara rakan.
kenapa tidak.
rakan rakan tegar memanggil aku sebagai Jacob, iya, ianya biskut jacob!
what the fuq man! ianya adalah Jacob si anjing Twilight.
hiraukan perkataan anjing,namun aku yakin rakan rakan mula mengesan badan aku yang sasa sangat menyerupai badan dan dada jacob yang bidang dan tough.
aku tidak khuatir akan warna kulit. kami agak mirip dari aspek itu.

ok. aku rasa tekanan di kepala dah semakin kurang.
sepatutnya aku perlu memperbanyakkan mengutuk fazreen untuk berfikir dengan lebih tenang.
ianya seperti membunuh cicak, dan lipas.