kad matrik tiket berjoli.

Posted in By beoma 1 comments

tadi aku ada singgah blog kamil. ya, nampaknya ada orang sedang bergembira dengan kad matrik barunya.
hari ini kami semua dapat kad matrik. memang aku dah lama tunggu kad matrik ini. bukan pak guard yang menjadi masalah nya. namun,makin menjadi masalah kepada kami berhadapan dengan pak guard bila sudah mempunyai kad matrikini. tiada lagi alasan bahawa fakulti belom mendistribute kad skiranya dtangkap tidak memakai kad.
namun bagaimana pon ,aku gembira dengan sikap dan hobi pak guard UiTM Shah Alam ini yang lebih gemar lepak di tepi jalan memerhati motosikal dan kereta lalu lalang. mereka lebih cenderung untuk bertanyakan kepada motor dan kereta atas sebab apakah mereka tidak memakai kad pelajar instead of menanyakan kami dengan soalan yang sama.

namun sebab yang penting kenapa pelajar harus mempunyai kad matrik adalah demi mengamalkan ajaran amar ma'ruf nahi mungkar. elakkan membazir. dan kad matrik banyak membantu dengan potongan harga sebanyak singgit dua inggit bagi tiket wayang dan main boling sebagai basis keluar berjoli. maka hujung minggu ini sudah ada popcorn yang menanti. walau aku cuma ingin menonton alvin and the chipmunk. itu lebih baik dari Ombak Rindu bukan ? tiada babak Maria Ozawa dan Sinetron Alisa nangis dalam hujan jika menonton Alvin. amalkan amar ma'ruf nahi mungkar kawan kawan.

namun bagaimana pon. kehadiran kad matrik telah menjadi pengubat di hati setelah aku mendapati bahawa aku merupakan antara pelajar yang berjaya lupa mendaftar untuk apply kolej. tidak sia sia aku main facebook tiap tiap hari.