believing it for that reason.

Posted in By beoma 2 comments

tadi aku melewati blog rakan rakan aku yang aku tegar stalk. mereka berbicara tentang pelbagai . namun pelbagai yang dibicara adalah apa yang berlaku semenjak dua menjak ini sahaja.TITAS yang tamat. Bel yang dah jauh ditinggalkan dan........PT. Progress Test.

aku khuatir jika aku ada post mengenai PT sebelom ini. dan sangat malas untuk scroll balik aku punya history dan list entry dekat tepi untuk kepastian. result PT ini sangat kompleks kali ini. tidak semudah satu huruf yang tampil menyatakan prestasi anda. namun satu huruf yang ditunjukkan didinding itu. di dinding semalam. dalam keramaian dan kesibukan teman teman. dalam kekalutan. dalam kebisingan. lantas menarik semua mereka pergi. ibarat hanya aku yang berdiri. tangan diam menyeluk saku aku. matang dijaga. kool penuh hipokrit. mata tertumpu pada nombor matrik aku yang tersergam di sebelah gred aku. "ya,itu aku punya. itu nombor aku, dan itu gred aku" untuk seketika bagai roda yang besar yang berada di fasa yang sangat bawah. bagai jantung aku berdegup dan merupakan satu degupan yang mengambil masa yang panjang untuk bedegup kembali. malah rasa sangat senak di dada. segala syukur aku selama ini hilang ditelan setan. segala sikap menerima kenyataan aku lupus dalam ego diri.aku ibarat tidak menerima takdir kegagalan kali ini.

aku mencari satu lagi nombor !
mata aku liar mencari. mata aku ibarat scanner yang liar meneliti ratusan nama.
aku jumpa. ku lihat gred nya.



......

ya.ego aku sangat tinggi. hanya turun satu gred tetapi masih berada di zon selamat. namun aku masih sukar untuk bersyukur padaNya. masih sukar untuk menerima alasan kepada kejatuhan yang sangat sedikit ini. cuba letakkan diri aku ditempatnya. baru aku tahu bagaimana untuk menilai keadilan didunia tanpa iman di dada. seorang sahabat yang aku sanjung kerana ketabahan dia untuk berjaga di sepanjang waktu hanya untuk belajar. hanya untuk mencapai impian seorang pelajar perubatan. seorang manusia yang tiada henti usahanya. sorang teman yang tiada putus asa nya.dia jatuh lebih teruk. lebih teruk dari aku. dari aku yang hanya satu gred menurun namun masih berada di zon selamat.

aku tarik diri aku dari keramaian mereka yang tiada henti. ku buang ego aku jauh jauh. simpati . empati.
kalau aku adalah dia di saat ini, penuh soalan dalam diri. mana adil tuhan? mana balasan usaha? penuh ketidak bersyukuran..namun umi langsung tiada kecewa. malah masih bangga dan gembira. katanya apa yang mereka tahu. apa yang ibu bapa tahu. katanya mereka cuma tahu mengharap dan berdoa pada kita dan kitalah yang gila berusaha. umi cakap itu sangat sudah cukup. umi cakap jangan lari dari mensyukuri nikmat nya. bersedih sangat bermakna kau ingin melawan takdir nya. fikirkan hikmahnya.

sesampai aku ke kolej. masih terbenak di jiwa akan teman aku ini. putus asa kah? mengalahkah?
aku khuatir.
aku masuk ke bilik dan tenang. dia berada di panggilan. setelah perbualannya ditamatkan lantas lecture note digapai dan dibaca kembali.dengan tenang dan seperti kebiasaannya. tenang ibarat tiada apa yang berlaku. ibarat satu petang jumaat yang berlalu seperti biasa dan ibarat tiada kekalutan kebisingan reaksi akibat result PT.
dia tenang seperti sediakala.

sumpah. jagalah usaha kau wahai sahabat. jagalah semangat kau yang tak pernah luntur. dengki aku ego aku mungkin kadang kadang menjeaskan hubungan kita. tapi usaha kau lah yang mendorong aku untuk tegar tabah berdiri di waktu malam. usaha kau yang menyebabkan aku sedar tahap aku. malas aku. usaha kau menjadi pemangkin usaha aku.

jatuh bukan jatuh selamanya. teori roda bukan semudah kepercayaan secara lisan. yakin lah. roda kita semuanya berpusing. semua ada hikmah. yakinlah akan nama allah al-'adlu.