telur busuk di kenanga

Posted in By beoma 2 comments

ya,sebab utama posting ni adalah kerana rasa mengantuk yang sedikit(banyak) mengacau.
coffee mix segelas hanya memberi temporary effect. setelah segelas abes diminum,mata aku segar memandang ruangan dinding selari dengan mata aku namun bila mata ditunduk ke buku,bagai biawak jantan liar hormon melatonin(punca mengantuk) menyerang kembali.

post kali ini ditujukan kepada makcik indon selaku cleaner blok kenanga merangkap tukang cuci sisa sisa kebusukan telur telur bekas birthday prank beberapa hari lalu. semua ini salah arif sobani. kalau dia hanya duduk diam dan redha akan qada dan qadar terhadap balingan air tong sampah dan telur gred C,tak mungkin air sampah tersebut akan terdispersed ke seluruh level empat blok kenanga satu.makanya segerombolan makcik indon terpaksa membasuh seluruh blok ini disebabkan bau busuk telur itu. 

persiapan awal arif sobani pada malam itu dengan  memakai cover plastik dan gayung diatas kepala memang merupakan satu persiapan diluar jangkaan kami, namun kami yang rakus berazam untuk memecahkan telur-diatas- kepala dan mencurah kordial-masam-sebulan-terbiar berjaya menghancurkan dan merenjat benteng pertahanan arif. dia bogel dari sebarang barrier dan pertahanan. maka dia tenggelam dalam kebusukan telur dan kordial masam. aku ada simpan kaya berkulat seminggu. namun khuatir akan bakteria clostridium yang mungkin membiak dalam kaya itu,niat itu diabaikan.

prank arif antara prank yang happening juga.selain dari kepenatan mengelap lantai seluruh level empat dari bekas bekas telur yang pecah bersepah di atas lantai, malam itu kami berlima bagai dirasuk pari pari nakal di dalam bilik air. liar bermain air mencurahkan acuan sabun dan tepung ke muka sesama sendiri. berlarutan hingga ke tenegah malam diiringi ilai ketawa dan riang ria. ridhau baik luarannya hatinya juga baik,namun dia antara watak utama yang menolong aku untuk persiapan air tong sampah yang diperam selama berjam jam. sufi  yang pendek gemuk juga suci wajahnya namun merupakan antara penaja telur telur yang terbesar. fithri genius akalnya lembut budi bicaranya namun bila bila masa bersedia membaling air tong sampah yang disediakan.

prank arif prank terakhir tahun ini.terima kasih arif.

ok.aku sudah rasa segar sedikit sekarang.