sedikit sejarah 2011

Posted in By beoma 3 comments


damn esok tahun baru,
hati aku celaru,
bukan nak merapu,
anat,farmaco masih menunggu.

tapi aku tidak buntu,
blog tempat aku tuju,
tak blogger jika tak setuju,
kau baca je blog aku,

setahun da  nak berlalu,
aku ulang,esok tahun baru,
tahun ini,memori beribu,
tahun ini,banyak yang berlaku.

kalau nak cerita satu satu,
banyak hingga ko baca pon otak boleh tepu,
maka aku ringkas sikit sikit apa yang berlaku,
biar kau.......tahu.

tahun ni asasi berakhir lepas bulan satu,
banyak giler kenangan bersama ku.
member palam ku kolek tak cecah seribu,
tapi satu satu rock nak jitu.

masuk premed,makin ramai kawan kos sekutu,
ku kenal sorang sorang satu satu,
lepak belajar riang bersama ku,
sumpah memori masa tu gila aku rindu.

cuti panjang tidur je kerja aku,
kalau nak kerja kau angkat sendirilah bontot aku,
bukan malas cuma sayang bapa dan ibu,
bila dah sambung belajar,jarak nak beribu.

cuti panjang,kuantan ku tuju,
jumpa baby dan adik adik ku,
sumpah sayang sorang sorang aku rindu,
bila besar nanti jangan lupa dek aku.

medik UiTM jawapan dari UPU,
yang konpem,yuran tak sampai seribu,
syukur alhamdulillah ku ucap pada Mu,
ku bakal tempuh jalan baru.

stop with dat shitty bunga bunga ayat,kita blog blog dengan sempoi,
basically aku rasa tahun ni memang satu tahun yang terbaik untuk aku so far.
tahun ni banyak nak mati perkara yang berlaku.tahun ni jugak la merupakan tahun terakhir aku dapat puasa cukup cukup sebulan kat rumah. tahun lain semestinya tak bukak puasa kat rumah dah.
tahun ni pon banyak manusia aku dah jumpa, aku kenal dan aku cuba rapat. tak mahu emo emo ke apa. but so far, member member aku sangat happening and rock. bleh masyuk ngan aku dan paham sikap aku dan sangat flow bersama aku.
aku tak kisah la apa yang bakal berlaku tak lama lagi sebab member member yang bersama aku ni akan teman aku selama 4-5 tahun lagi. macam macam boleh jadi. those yang perangai cam lahanat pon akan ada disisi selama mana berada disini.

aku tak nak cakap banyak banyak sangat kali ni,kejap lagi nak turun main basket dan tengok bunga api.

p/s: baru balik ngan burg dari sunway...aku tersengguk jugak tengok Sherlock Holmes masa part romen romen tu.haish,tak minat benda macam tu.