salji turun di kampung halaman.

Posted in By beoma 2 comments

rengit merupakan sebuah bas.
rengit sangat membantu jikalau mereka mucul di persekitaran UITM sekiranya ketiadaan bas UITM..
rengit merupakan bas percuma. rengit jimatkan seringgit setiap hari. seringgit sangat penting. tanpa seringgit kita tidak boleh kahwin.
namun rengit juga ada unsur negatifnya. rengit agak syal dalam pengurusan nya. bukan nak biadap namun berdosa juga jika kita bersubahat kan? rengit di UITM selesa seat nya. namun rengit yang membawa aku dari shah alam ke kampung halaman semalam lebih 'selesa' seatnya. 'lembut'nya mampu men'terbantutkan' pengualaran tahi kau selama 3 hari. pengurusan waktu perjalanan bas juga berada ditahap yang sesuai untuk dicaci. sudahlah ditengah tengah perjalanan tetiba ada yang terpaksa berpindah randah demi menepatkan waktu ketibaan katanya.cukuplah menghina rengit. siapa tau tetiba aku dihalau keluar dari bas rengit UITM suatu hari nanti. namun rengit uitm harus dipuji. lebih lebih lagi rengit yang menepati haluan yang dikemahui. jika hanya rengit A yang menampakkan diri dihadapan kenanga,memang akan dicaci maki.
"kami mahu rengit C atau B" jerit kami guling guling tanpa henti.

oi cuti 3 hari adalah ibarat 3 bulan bagi pelajar seperti kami. bukan senang nak cari cuti 3 hari yang berada di persekitaran holiday yang sesuai seperti ini. minggu depan masih cuti 3 hari namun itu sudah hujung tahun ini. rumah ni mesti havoc pasti. tak mau aku menumpang kaki. adik beradik kang tersadung sana sini untuk menyiapkan persiapan ke sekolah nanti. aku pulang ni bukanlah untuk merayakan krismas di kelantan walaupun suasana agak sejuk pagi ni dan kelihatan abah sedang mencuci garaj dari timbunan salji yang terkumpul mungkin sejak dari semalam lagi. jalan agak licin terutama di atas simen area rumah aku memandangkan ais dari salji yang cair mula terbentuk. dan jelas kelihatan. ya jelas kelihatan bahawa aku sedang menipu. dan kamu pecaya bukan? aku yakin kamu percaya. akui je la.

aku baru sahaja lepas baca blog kamil tadi. oh, baru aku tahu dia tidak bergurau saban hari. katanya dia ada blog juga dan dia sering meliwati blog aku. dan aku ingat dia hanya bergurau sahaja mengenai blog nya itu.oh,blog nya wujud.


dan banyak juga dia 'kutuk' aku dalam blog dia itu. nah sedut sikit ceritanya dalam blog dia ini. cerita blog nya bermula di uitm ini. wah sungguh bangga bila terjumpa blog student bidang 'bedah dan potong' ini. kamu(pelajar bidang ini) memerlukannya. blog menjadi tempat melepaskan rasa geram dan meluahkan isi hati. yakinlah.ada yang membacanya. walau hanya sekadar membaca tajuk blog dan terus 'close tab'.
serius, kemain high blood pressure hanya  dengan sekadar menyebut kesemua nama nama muscle di tangan.apatah lagi untuk mengingatinya. aku tak tipu. jumlah nya lagi banyak dari jumlah nama pokemon dalam cerita digimon. muscoskeletal pasti lebih tabah kali ini.

dan sekembalinya ke UITM nanti. ada kerja dan tugasan menanti aku. yeah. sebagai Pengarah Program Olimpiad yang bakal dipertandingkan march 2012 nanti, tenaga harus dikerahkan dan tulang harus dibantingkan demi menjayakan program tersebut. dan pertolongan dari semua pihak sangat sangat di harapkan. kerjasama dari Organiser Comitee,pelajar First Year dan akak abang SMF Second Year sangat dipinta. semoga 19 kami organiser comitee dapat jalankan tugas dengan baik!



p/s : ill marry mom's choice.