mencarut semalam dan hari ini membawa makna berbeza.

Posted in By beoma 0 comments

bila semakin nak Progress Test rasa makin bebas pula untuk update blog. sebenarnya bila sudah tidak terikat dengan latihan senam robik malam-malam, aku lebih banyak menghadapkan diri kepada buku dan apabila banyak menghadapkan diri kepada buku,maknanya pendekatan kepada laptop juga turut bertambah seperti Ohm's Law yang dipelajari masa kelas sejarah petang petang dulu. dan bila lebih dekat kepada laptop memang lebih banyak masa untuk online lebih lebih lagi dengan wifi free yang berkeliaran. kamu hanya boleh fokus kepada buku selama 45 minit berterusan dan selepas itu kamu harus rehat sekejap untuk serotonin bertindak disecrete agar tekanan diri berkurang. dan perkataan 'rehat sekejap' bagi seorang muda mudi bangsa melayu lebih lebih lagi di uitm sangat memberi makna yang berbeza. ya,hidup ini bukan seperti kamus DBP. tidak semua perkataan adalah sinonim. contohnya seperti 'rehat sekejap'. ia bermaksud 'hilangkan tekanan dua kali ganda lagi lama dari apa yang telah disuahakan sebelumnya'. itulah punca microb tak dapat dicover sampai abes tiap tiap malam.

mengenai senam robik yang aku hina semalam, sekurang kurang nya kami menggondol tempat ketiga. itu sudah cukup bagi pelajar bidang Face-medical-Book. usaha kami mencalar maruah sekurang kurang nya membuahkan hasil. at least aku ada sekeping medal untuk digantung didalam loker. dan hadiah sampingan adalah beg kasut warna pink. dan babi apa warna pink ?

mengenai basketball pula, aku gembira dapat bertemu teammate dari clinical years. sangat peramah dan baik juga. walau kami kalah di game ketiga aku rasa itu sudah cukup baik. di game ketiga kami bertemu fakulti bisnes.dan disebabkan masalah masalah 'teknikal' seperti kurang didikan moral,pengaruh syaitan yang tidak terkawal dan sikap tidak menghormati game orang lain, hanya beberapa dari pelajar fak bisnes je yang dapat bermain,mereka 'terpaksa' mengimport pemain pemain UiTM menyebabkan game agak mencabar dan sengit. dan jurang 4 mata menyingkir kami ke peringkat seterusnya. itu sudah cukup untuk membina hari aku yang kurang sibuk keesokannya memberi lebih masa menumpukan pembacaan terhadap microb. bukan senang untuk berfikir positif seperti aku.

cukup sudah untuk hari ini. bacteria sedang memanggil di bawah ketiak aku untuk dibaca.