cuti tiga hari bersama keluarga edisi saya sayang umi abah.

Posted in By beoma 0 comments

8.14 pm.
semalam aku ada chat dengan samhana sani. budak kelantan juga walau elemen kelantan dalam dirinya tidak ditunjuk secara fizikal. urban juga gadis itu. semalam aku chat dengan nya. katanya aku cuba dapatkan semaksimum mungkin cuti kali ini dirumah. itu je main point yang ingin aku ceritakan. ya. aku masih dirumah. 
pagi esok cuma kelas anatomi. sam juga menyokong tindakan aku dengan menyatakan pendapatnya bahawa esok cuma anatomi. kalu pegi ibarat tak pegi. kau cuma akan gelabah dengan segala muscle yang diajar dan setiap muscle akan diakhiri dengan carutan oleh kamu sendiri. maka tindakan aku benar,bertolak malam ini adalah tindakan tepat dalam memaksimum kan cuti aku.ok.itu cuma point untuk menyokong tindakan aku.

bas aku malam ini pada jam 9.30 malam.dan aku mungkin ketibaan aku di shah alam berada di range 6-7 pagi. masih awal. dan sekali lagi aku menyatakan kesumpahan yang aku tak nak balik USA dan lepak bersama buku. bontot aku dah tak larat nak simpan semua nama nama otot dan saraf. tapi tak semudah tindakan kata kata itu. esok kalau tiada aral melintang,tiada kemalangan (na'uzubillahminzalik) aku tetap akan berasda di USA,tetap dapat berjumpa dengan Dr Muzammil dan belajar bahasa baru dengannya.

tapi aku harap cuti tiga hari ini dah zipped dan kompressed memori aku. aku harap aku lebih tenang untuk belajar nanti. aku pon ada menyatakan hasrat pada hati untuk berubah. menjadi lebih rajin tapi ianya cuma hasrat. hasrat tanpa usaha adalah sia sia. aku dah berjaya melalui langkah ber hasrat. sekarang yang tinggal adalah usaha. dan aku kena pikirkan dahulu  mengenai berusaha . 

tiga benda aku kena kurangkan nanti. pertama gula. ya gula membawa kepada die-betis. die-betis membawa kepada tiada nafsu. tiada nafsu membatasi jumlah zuriat dan praktikal pada apa yang di 'pelajari' selama ini.bahaya disitu. jadi kurangkan gula. 
yang kedua aku kena kurangkan malas. sangat penting. malas ada banyak juga. malas belajar dan malas malas belajar. bila malas belajar maka kurang belajar. jika malas malas belajar. maka....what the fuq is that? =.='
aku kena rajin sedikit. ya. 'sedikit'
ketiga aku kena kurangkan...

oh,sudah azan. aku perlu bersiap sedia. bas pukul 9.30 malam nanti.

chow!

p/s:cuti kali ini tiada xtvt kekeluargaan yang sangat best atau apa apa. tapi cuti ini aku dapat jumpa umi abah.  itu yang paling penting. dan siapa tahu bila bila masa saja cuti ini akan jadi pertemuan terakhir dengan orang tersayang. hargai mereka sepenuh jiwa. aku sayang umi abah.