pungguk sayang bulan.

Posted in By beoma 1 comments

kao penah dengar bukan pasal pungguk yang rindukan bulan?
entah kenapa,aku rasa bulan tu tak tahu pon betapa pungguk rindukannya.
pungguk tu memang gila gila rindukan bulan. sebab tu mata pungguk sangat layu,sebab kitaran melatonin nya dah tak betul,dia tidur sepanjang siang hanya untuk berjaga di waktu malam memerhatikan bulan.

dan apa yang bulan lakukan,bulan hanya diam dari jauh. bulan mungkin langsung tak sedar akan pungguk yang merinduinya.
 pungguk pula tak mahu mencuba untuk mendekati bulan walau dia tahu ada usaha yang bakal menyebabkan tercapai matlamatnya akan merindukan bulan.

dan hari ni pon pungguk ni masih merindukan bulannya.
tapi hari ni,bulan mengeluarkan cahaya yang lebih terang.
dan betapa pungguk ini sangat gembira hari ini !

hari untuk diingati.