graduasi mereka yang aku sayang

Posted in By beoma 4 comments

sudah hampir tiga tahun juga, dulu aku pernah mengukir janji kepada mereka tiga tahun lepas.
aku selalu berpesan pada mereka.
"belajar rajin rajin,nanti abang datang masa kamu graduate nanti"
tiap masa aku selalu pikirkan kata kata tu,aku betul betul nak menghadiri hari graduasi mereka. aku nak berada di celah keramaian dan senyum sorang sorang. memang aku tak kisah pon kalo mereka berasa bangga diperhatikan ibu bapa masing masing instead of aku bila di atas pentas menerima sijil garduasi tu. tapi aku nak sangat perhatikan sorang sorang naik ke pentas pada waktu tu. aku selalu warn dorang untuk berusaha gigih gigih sebab aku tak nak sapa sapa tersisih dari koloni mereka yang dapat grad. aku tak nak ada yang hanya memerhati dari luar melihat hanya rakan rakan mereka yang dapat grad. 

itu dulu,tiga tahun yang lepas. bila mereka da form 2. aku da tinggalkan mereka. aku sambung belajar ke tempat lain sebagaimana aku perlu. di tengah tengah pembelajaran aku di tempat baru..aku yakin tiada sehari pon nama mereka tidak terlintas di kepala aku..cukup sekadar wondering apa yang mereka sedang buat. keinginan aku untuk mengiringi pembesaran mereka menghasut minda aku untuk memikirkan nama mereka bila bila masa sahaja otak aku berasa tenang. bagaimana mereka matang. interaksi mereka membina satu kehidupan yang memberi ketenangan pada aku. dalam aku bersedia menghadapi spm dulu kala. kebisingan mereka langsung tidak menjadi gangguan pada aku. walau sejarah menjadi subjek yang tenang untuk dibaca kalu yang bising di tepi adalah mereka. hey, ini bukan cerita dongeng aku nak cerita malam malam. ini benda betul yang berlaku..
haish, tapi kalo nak diukur dari sekarang. saat saat tu da lama sangat berlalu. 3 tahun dah.kalau nak emo emo cerita balik sekarang pom dah takde feeling cam dulu. aku da membesar. aku kena terima 19 bukan umur untuk melepak memikirkan hari esok yang bakal dipenuhi dengan aktiviti yang ceria dan mampu memuaskan nafsu kanak kanak lagi. gila! da 19. memang sangat besar da.. namun,hari demi hari,aku menerima tumbesaran diri yang makin berlalu tanpa henti.

jauh pula bercerita pasal aku.

graduasi mereka.
hari graduasi mereka. hari yang aku tunggu tunggu sangat. sampai aku pernah berazam kononnya even kalau aku ada lecture pada hari graduasi dorang aku sanggup ponteng dan berkejar ke kuantan dari shah alam semata mata nak berada bersama mereka saat mereka beratur untuk masuk ke dewan. aku sanggup menjadi pengiring yang setia memerhatikan setiap satu mereka naik ke pentas menerima sijil tu. hari yang aku sangat tunggu tunggu. satu hari yang aku tak habis habis pesan dekat mereka supaya menjadikan hari tu sebagai hari yang mampu mendorong mereka belajar bersungguh sungguh. satu hari yang aku berjanji untuk ada bersama. satu hari yang aku nukilkan satu janji yang aku akan teman mereka.

dan semalam......adalah harinya. hari graduasi mereka yang aku sayang. dan semalam adalah hari aku hilang dalam kesibukan mengejar arus perdana karier seorang doktor aku. hari mereka naik ke pentas ,hari mereka berbangga dengan sijil masing masing. dan semalam aku tiada bersama. dan semalam jua aku mungkiri janji aku lagi.

dan hari ini aku sudah perlu sedar. ketara bukan betapa bodohnya ak? kenapa perlu aku bersemangat nak mati demi kejayaan orang lain. bodoh dan sangat wadefak bukan? aku tade mood nak cter panjang. cukup sahaja draft ni tersambung dua hari dari semalam. esok aku nak balik.

tahniah adik adik abang yang tersayang