Cuti saya.

Posted in By beoma 2 comments

sebelum ni aku mulakan post aku guna bahasa inggelish,tapi rasa macam poyo gila,maka aku padam balik dan guna bahasa melayu biasa.dan kenapa aku highlight layu? sebab memang rasa layu gila nak post post pakai ayat bahasa melayu malam ini.kenapa? tak tahu kenapa. ok,bangang.

sepatutnya post kali ini lebih memberikan pengajaran kepada diri sendiri memandangkan raya haji baru sahaja berlalu makanya penghijrahan dalam diri harus dilakukan. dari jahat menjadi baik. dan dari baik menjadi jahat. aku memang nak berhijrah juga. kebelakangan ni aku banyak mencarut dalam berbudi bicara.maaf,sebelum ini dan selalunya,aku banyak mencarut dalam berbudi bicara.maka aku ingin mengubahnya. pergh,bilang dari mulut semudah kencing bukan? kamu ingat senang nak berubah,tapi aku betol2 perlu berubah dalam berbahasa dalam blog ini memandangkan adik aku tanpa naluri nak cover line nya telah membenarkan umi ku membaca blog aku ini dan carutan juga telah dikeluarkan kepada aku dalam bahasa keibuan. ya,aku perlu berubah untuk bahagian tu. tapi memang tak mudah bukan untuk berbuah. tapi,kebelakangan ini,ada satu sahabat wanita aku sering menegur bahasa aku menyebabkan aku makin mengawal nada bahasa aku. juga mengawal genre bahasa aku. yang selalunya mungkin 40 SX sudah menjadi sedikit U.thnaks Farhah n Husna n Mek. mungkin progressionnya agak lembap dan memerlukan sokongan moral,aku mungkin mampu berubah,ya! a good girl for a good man,betol2 menjadi moral supporter aku, gila ko? nak ke kawen ngan pelacor?? mungkin pengalaman yang mereka ada mampu memberi nikmat dunia pada kamu,tapi bagaimana di akhirat sana. aku mungkin ditarik bersama ke neraka kalo gagal mengubahnya. damn stool bukan?

oh,aku lupa nak cerita,raya haji tahun ni aku first time lapah n siat kulit lembu. sumpah best. belom masuk part korek rumput2 yang dicerna bagai dalam perut nya yang berlapis lapis lagi. pergh,time ni memang best,abang aku terdiam bawah pokok pisang tahan nak muntah. omasum abomasum segala bagai dapat dilihat masa ni lah. best bukan. sila baca dengan excited ya,macam gampang aku excited sorang sorang =.=' .

da balik rumah pom best jugak. susah gila nak bukak buku. embryo pon tak dapat nak habiskan lagi dengan daya tarikan suasana kekeluargaan yang betol betol mendistract aku dari buku dan entah kenapa game Red Alert pon makin best untuk dimain main dirumah. di shah alam,aku main dengan kurang bermaya. disini aku lebih bersemangat main game.disebabkan masakan ibu mungkin.

aku nak bercerita pasal sahabat sahabat aku yang kecil dan comel tapi rasa segan pula. ya,aku memang pemalu.

walau kadang kadang terdetik di hati rasa rindu kepada kenanga,sumpah! memang aku tak nak balik ke shah alam lagi tapi rasa rindu juga kepada kebisingan disana. bagaiamana kami saling 'kejut mengejut' di pagi hari dengan 'dakapan' subuh yang 'manja'. bagaimana kami saling bertegur sapa dengan 'sopan' dan 'comel'. bagaimana kami saling 'puji memuji' segala bagai. oh indahnya. oh gelinya. ok,aku memang tak nak balik shah alam lagi. belum naik sekilo pon lagi.

dan aku bersedia nak prank lagi ramai sahabat lepas ni untuk birthday korang! duit JPA da masuk! (sila bayangkan kata kata ini diiringi gelak ketawa versi bapak setan)