oktober

Posted in By beoma 4 comments

oktober? kenapa perlu bulan oktober?? kenapa tidak bulan julai atau bulan disember? dan kenapa perlu bulan? bagaimana pula dengan bintang? atau matahari? dan kenapa tidak telingahari? atau hidung hari atau batanghari? ok.pantun yang indah bukan sebagai pembuka cerita di malam ini. tidak banyak ingin bercerita kerana sebentar lagi perlu berteater. cuma aku ingin bercerita tentang datang bulan. silap. tentang bulan oktober..bulan ini agak penuh dan busy bagi remaja jiwa lepak seperti aku yang tegar berang dengan rumate rajin nak mati. (gelak ketawa disitu). jumaat lepas ada exam. jiwa lepak tidak gentar sama fail seperti aku memang agak slow2 studi tidak terlalu mengejar. bukan apa, aku cuma......aku tak tau jua nak cakap apa. makanya aku menjadi gelabah jua mengejar ke empat puluh empat puluh subjek yang bakal disoal dalam 150 soalan dalam masa satu jam.

semalam pula aku ke puncak alam. fakulti farmasi UiTM ada menganjurkan hari farmasi. makanya fakulti perubatan juga diajak untuk membuat pameran peralatan medcine dan membuat saringan kesihatan atau bahsa kasarnya Medical Checkup. makanya(sekali lagi), aku yang juga merupakan salah seorang makhluk Sekretariat Mahsiswa Fakulti @ SMF telah terlibat sekali memandangkan SMF adalah pihak yang wajar terbabit dalam program ini. memang best dan memenatkan gila. walau agak provoking,but memang rugi kalau tidak terlibat. selama ni aku yang di'medical checkup'kan oleh doktor doktor spital but kali ni,aku yang buat medical checkup bagai. aku jaga kaunter check blood glucose and blood group.first try,tangan aku gigil gila,sumpah hati tak neves,tapi tangan yang over act! jadah apa entah yang merogol tangan aku. aku terus relax kasi syakir buat dulu then lepas tu baru tangan aku (bukan aku) tenang. aku buat blood test dalam 20-30 kali juga. seterusnya aku buat blood pressure test pakai sphygmomanometer yang manual. mmg agak problem dengan kebisingan lebih lebih lagi booth kami berdekatan stage yang pasang lagu yang agak lucah mengacau gegendang telinga. tapi setelah hampir10-20 patient aku test, agak best n simple je la..sekali flow je mercury tu lalu da boleh baca blood pressure.  haha apa yang best adalah kepercayaan orang pada kita. even student final year farmasi pon bagi kepercayaan penuh uh!

 *******************************************

aku baru balik dari training teater untuk menyambung draft ini.seperti yang aku tulis tadi.aku baru balik dari training teater.maknanya ada performance teater yang bakal diperformkan! semalam kitorang start training. lambat lagi teater tu.lusa ni baru persembahkan.lama lagi kan?

hari sabtu ni pula ada pertandingan IVG yang aku cerita dalam post lepas.aku main basketball. persediaan agak ketat. kasut basket aku ada tersimpan selamat bawah katil. masuk hari ni da seminggu aku tak training. fitness apatah lagi. Progress Test punya pasal. diri dijimak pada note note sahaja. tak apa. game lambat lagi. sabtu ni je pon.

esok sudah mau belajar modul baru. aku juga ada azam baru.! kali ini aku tak akan tidur lagi dalam lecture hall time lecture. tak nak ulang perangai lama. hampir 90% dari masa lecture aku fokuskan pada tidur sahaja. kali ini mungkin hanya 89% pula.