seminggu selepas kuantan dan harapan.

Posted in By beoma 1 comments

sekarang ni genap seminggu aku balik dari kuantan.
baru ada mood nak memosting. kebelakangan ni aku mengamalkan sikap memosting dengan penuh keikhlasan insyallah. bukan lagi posting sebab bosan atau sebab mengejar bilangan post.

balik dari kuantan lepas,aku mengalami peredaran emosi dengan baik.
tiada lagi renungan jauh penuh kekosongan di tepi tingkap membilang pasir di tanah di hujung mata. tiada lagi mandi yang lama memandang syiling dicurah air membilas air mata.
tiada lagi tidur malam yang sukar sambil dirangkul kesedihan penuh sesalan.
(tiada gelak ketawa disitu) 
aku merasakan satu kepuasan yang amat sangat setelah ke kuantan minggu lepas. pada asalnya percutian aku ke sana hanyalah dua hari dua malam. namun atas desakan budak-budak ni,aku terpaksa menangguhkan tempoh lepakan aku hingga ke hari rabu. aku memang tak berani untuk menetap dengan lebih lama dari dua hari di sana. aku bimbang aku tidak kuat untuk melawan perasaan sedih bila ingin melepaskan ikatan yang terjalin lebih rapat dengan budak-budak ni setelah hampir setahun tidak berjumpa.
ya,kisah aku memang sangat tak matang kan? memang sangat dikeji,bukan? bagaimana aku boleh tersangat sayang pada junior aku batch 09/11? mereka cuma budak-budak kelahiran 1996 yang jauh berbeda umur dari aku. 
aku tiada perkataan untuk dinukilkan disini menjadikan penguat alasan aku.malah tiada alasan paling munasabah dapat aku beri. setahun mereka menemani tahun terakhir aku. tiap malam aku mengunjungi mereka penuh gelak tawa. kejar-kejaran penuh ilaian. dimarahi warden bersama-sama sambil tangan masih menguis-nguis penuh nakal telah membina satu ikatan yang sukar aku kikis. dah.dah. tu kisah hampir 2 tahun lepas. 
sudah terlalu lama untuk diingat kan setiap satu.

namun aku sentiasa berazam untuk melihat mereka membesar. dan mereka makin besar juga.(gelak ketawa disitu)..lawatan aku hari itu sangat memberi kejutan. masing-masing sangat tinggi dan sangat matang. kali ni sudah sukar nak lepok kepala sekor2 yang buat perangai. 
peperiksaan PMR yang mendatang memang betul-betul mengigit hati aku. membina kebimbangan di celah-celah harapan. jika meraka dapat menghasilkan keputusan yang baik sekurang-kurangnya 8A, maknanya tahun depan masih ada alasan yang kukuh untuk aku pergi ke maktab.

5 hari di maktab memang aku luangkan dengan penuh kepuasan. seperti sahaja tuhan mengundurkan masa ke ruangan memori yang lalu. gelak ketawa yang sama.ilaian yang sama.ejekan yang sama. senyuman yang sama. 
aku memandang muka setiap dari mereka. "siapakah kamu satu hari nanti.." soalan yang terbiar di hati aku yang pastinya terjawab satu hari nanti,

sekarang ni aku biarkan sahaja mereka membina jalan mereka.hak mereka. cuma satu hari nanti,aku harap aku mampu tersenyum bila aku menanyakan khabar mereka.
"hey,apa kamu buat sekrang nizar?"
"kamil,lama tak dengar khabar,cane skang??"
"pokjeeeeee,,gano gewe????"
dan dijawab penuh mesra dan kejutan.

biar masa berlalu.aku akan ikut bersama.