puasa dan raya 2011

Posted in By beoma 0 comments


malam ini adalah malam raya ke tiga..sungguh lewat aku mengepost bukan?...malahan post mengenai ending ramadhan juga akan ditulis dalam post kali ini.

kandungan puasa tahun ini memang memberikan kepuasan yang secukupnya kepada aku walau aku akui aku kurang memanfaatkan bulan ramadhan dengan secukup-cukupnya.jika aku tidak sempat bertemu ramadhan tahun depan,sememangnya aku da rugi besar. di puasa tahun ini,aku melaluinya dengan personaliti budak kampung tipikal yang pramatang. kerana tahun depan aku tak dapat nak puasa cukup-cukup 30 hari dekat rumah. dekat UiTM sana sememangnya aku hanya dapat tumpukan ramdhan pada beramal dan belajar mungkin. tapi tahun ini,aku ada kawan-kawan disekeliling yang sepenuhnya menyempurnakan hasrat aku,sangat indah untuk dilepaskan, sesudah terawikh,kami merayau sekeliling kampung membaham colek dan gula-gula di kedai sambil menyakat sesama sendiri. paling bosan pon,kami akan melepak dalam kedinginan malam sambil dengar lagu dan merancang untuk hari esok. bahagian yang paling indah ialah bila habis solat subuh, aku dan naim akan tunggu matahari naik perlahan-lahan sambil meredah kabus pagi sambil menyapa ibu tua yang sedang menyidai kain dan pakcik pakcik yang bersedia ke bendang.layan habeess..aku benar-benar gembira dan walaupon puasa tahun ni tak cukup 30 hari sebab ada 29 hari je,namun aku dapat habiskan dengan daya penahanan nafsu yang tinggi.

walau raya tahun ini kurang meriah seperti tahun lepas,aku tidak kisah sangat ,raya cuma sehari.(gelak ketawa disitu) raya kedua sudah kurang dirasai bahang beraya. yang ada cuma menjadi driver pada kakak dan adik membawa mereka merata diperlakukan sebagai hamba. sadis disitu.walau aku tak dapat nak bergambar dengan naim dan bawak dia jumpa buah hati dia,cukup sahaja dapat mentekedarah roti canai bersama nanti sebelom aku pergi nanti.yup,lagi 5 hari sebelom aku kembali ke USA dan kat sana nanti dah tak dapat nak melalak dengan ikhlas dah,tak dapat nak monggek sampai 3-4 orang sbijik motor dan pelbagai. tapi takpelah,dah tiba masanya aku kena jalankan tanggungjawab aku sebagai anak,ni bukan semudah-mudah menulisnya,tolong hayati kata-kata,memang banyak kita dengar dalam drama atau pilem-pilem tak kira telenovela atau sinetron..kali ini,tolong pahami,kata-kata 'menjalankan tanggungjawab"..satu jalan yang kao tak pilih,sebab kau tak boleh pilih,ianya jalan yang satu,kao perlu lalui nya dan tempuhi apa yang ada disepanjang jalannya.tak kisahlah kao jatuh tersungkur,kau nak menangis atas pasir mata terpejam rapat,atau kau mengadu pada awan dan menengking langit,masa ni,yang kau nampak hanya jalan yang panjang dihadapan mata,dan terdapat sebuah pintu dihadapan nya.jalan dan jalan. gapai tombolnya dan kau akan jumpa dunia baru lagi untuk kau..dan itulah apa yang kita akan lalui..tak kisahlah apa benda yang kau nak sambung lepas ni..kau nak belajar pertanian dan perlandangan ke,kos penerunaan dan pemecahdaraan ke atau apa apa sahaja. tanggungjawab baru,maka jalankan sahaja..ianya ibadah selagi kao tak menentang perintah-Nya. 
kalau boleh,aku nak tinggal bawah ketiak mak dan abah sampai mati.
tapi hanya "kalau boleh". tapi mak  abah kau nak ke kau sedut bau ketiak dorang sampai mati,ayoh rakan..berjuang!







cam sial bagi motivasi pada diri sendiri.jijik gila !