its Ramadhan again.

Posted in By beoma 0 comments

malam ni hati aku tergerak untuk posting dengan lebih ikhlas tanpa sebarang niat yang terkutuk.entahlah.mungkin sebelum ni tiap kali aku post,ianya diiringi tujuan lain dan tujuan tu aku yakin tidak seikhlas tujuan yang kali ini namun aku juga kurang pasti apakah tujuan aku posting kali ni.tapi malam ni aku cuma ingin bercerita serba sedikit tentang perasaan menjalani ibadah puasa dua hari pertama ini dan pemikiran-pemikiran yang ternukil di ruangan kepala otak aku yang tidak dapat di sampaikan secara langsung pada setiap kali aku memikirkannya.kompleks bukan ayat aku.hinggakan aku bimbang aku sendiri tidak dapat memahami apa yang aku tulis sebaik sahaja tangan ini selesai menaip setiap perkataan di setiap ayat yang di tulis. 


terawikh di kampung aku dalam 23-25 rakaat macam tu.jahil bukan aku.aku sendiri sudah lupa jumlah rakaat terawikh di kampung.mana tak nya,setiap kali terawikh aku tidak sampai 20 rakaat pon. kemain lagi bunyi letupan-letupan mercun memikat hati aku yang tengah kusyuk-mungkin bersembahyang terawikh. demi tidak membiarkan diri aku mencarut pada mereka yang sudi bermain mercun tanpa menunggu aku,aku bergegas ke tempat kejadian. apa lagi,aku turut sama bermain mercun demi mencukupkan syarat 'sah' bulan ramadhan. di awal bulan ni,jenis-jenis mercun yang dilontar masih belom mencapai genre 80SG.kau tahu kenapa 80? kalau diguna mercun genre 80SG,aku yakin pakcik-pakcik umur 80 tahun yang berkerusi roda boleh turut keluar sama mengejar sambil mencarut dekat kami kerna seolah-olah tidak menghormati tanggungjawab malaikat maut.mana taknya,bunyi mercun tu macam da nak tarik nyawa pakcik-pakcik tu.


 namun tahun ni mungkin tiada lagi bunyi-bunyi mercun tahap tu memandangkan Castello kampung kami pon sudah meninggalkan kampung ni. dia punya mercun aku pon tidak tahu asal dari mana tapi bunyi gila kuat.memang tak respek pak cik nawi selaku imam kampung kami. tapi dia pantang kalau ada orang pasang mercun lagi jantan dari dia.memang dia kejar pakai batang besi. sumpah aku tak tipu.ni bukan cter sekadar nak menghangatkan isi kandungan  belog aku,aku masih ingat kami menyorok di celah lemak-lemak ayam belakang rumah makcik penjual nasi ayam.baju melayu kami da macam kena celup peluh maikel jordan yang baru abes match basketball. gila kao.takde sapa berani nak kawan ngan Castello tu,kepala botak abes dan aku rasa dia ada tatu kot.dia hidup bujang umur dalam 20-30 macam tu. walau bukan kami yang pasang mercun tu,rasanya boleh kencing dalam seluar saat berlaku jujur menceritakan hal sebenar padanya jika ditanya dengan batang besi masih melekat dekat tangannya.tapi itu cerita dulu,bila castello tak berapa nak kejar kami,kadang-kadang kami berkejaran dengan sorang ustaz dekat kampung tu,gelabah gila,mercun bapak jauh dari rumah dia tapi masih nak marah-marah.tapi masa tu aku da mumaiyiz.tak boleh salahkan usatz walau dia masih belom memandang ramadhan dari aspek remaja berjiwa kentang goreng. namun aku bersemangat untuk tumpang lari bersama mereka yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kemarahan ustaz tu.gila best adrenalin melonjak-lonjak. tahun ni pon dia masih marah-marah bila budak-budak ni ada baling mercun mancis dekat padang yang betul-betul depan umah dia.aku cuma melihat selaku spectator seperti dalam game CS tu. tapi tahun ni aku ada berhajat untuk beraya di rumah dia nak mintak maaf segala bagai.tapi segan pulak.macam nak pegi mintak duit raya plak.


dan bila raya pula masa aku masih dalam tempoh muka-tak-tahu-malu-beraya-di-setiap-rumah-mintak-duit-raya,ada juga kisahnya.aku ada bawak adik aku beraya di sebuah rumah dan memang nak duit raya la kan? gila tak logik kalau kau sekadar nak makan kuih raya tanpa sebarang keinginan dan nafsu untuk dapatkanduit raya. dan gila bongek kalau kau directly mintak duit raya.tu memang muka tebal tahap dinding facebook da.boleh buat dinding untuk dikutuk-kutuk tanpa sebarang kesan sampingan. dan sewaktu aku pura-pura duk makan biskut raya tanpa sebarang selera,aku terdengar pakcik-pakcik duk berbual pasal budak-budak yang datang beraya ni cuma nakkan duit raya je sambil dorang gelak-gelak. gila terasa! 5 inci jugak menusuk dalam kalbu.mula-mula nak je aku salam terus balik tapi aku menghard corekan jiwa aku lantas aku menghabiskan dalam tiga bekas biskut yang terhidang atas mejanya. suit raya memang aku tak tinggal,tapi aku rasa puas hati dapat abeskan biskut raya tu walau aku tak tau apa tujuan aku buat macam tu. dan aku rasa raya yang tu la aku ada muntah-muntah sebab kenyang sangat.mungkin.


tapi raya kali ni tak tau la apa nak jadi. 
terawikh taun ni memang kalau boleh aku nak perfectkan,tapi aku terpikir juga yang aku mungkin da takde peluang nak ber-liar-liar dengan mercun bersama kanak-kanak separa matang di area kampung aku.jadi.terawikh,terawikh juga,kena ceria-ceria selalu... tahun-tahun yang mendatangkan dikatakan tak berapa nak ada 'life' bak kata segelintir senior.jadi lebih baik aku jadikan puasa kali ni betul-betul dijadikan puasa yang ceria dengan malam-malam yang menyeronokkan~


ibadah kepada Pencipta kita jangan dilupakan juga.sama-sama tetapkan misi dan apa jua misi kita itu biar diberkatinya dan mampu dicapai.amin.aku juga ada misi aku tapi aku harap sapa yang membaca dapat doakan agar aku dapat capai misi aku.
cakap pasal misi.aku penah tegur adik aku umur 6 tahun yang suka gila main CS tapi tak suka tanam bom.aku bagitau dia itu misi dia untuk tanam bom."paham tak?! paham tak apa misi???"


adik aku dengan bengap nya menjawab "misi? yang cucuk orang tu?"


sekian..puasa elok-elok ya! tahan nafsu!