Spam terbaru yang tak bermaruah : Post Limiting Edition

Posted in By beoma 1 comments

post kali ni bukan nak merujuk kepada perubahan genre blog aku yang dari asalnya sebuah blog yang melebihkan2 mengutuk diri sendiri dan rakan-rakan tak bertamadun yang terbabit kepada sebuah blog bertemakan "info terkini". namun post ini hanya untuk memenuhkan kuota posting minggu ini.dan hanya minggu ni sahaja yang tetibe mempunyai kuota posting.

namun malam ni aku ingin bercerita sedikit tentang spam terbaru.sekali lagi di ingat kan ini bukan blog bertema "info terkini" ya..entah kenapa,aku rasa jijik gila nak bercerita tentang kes-kes atau info-info terkini..cukup sahaja di fesbuk untuk menyebarkan berita-berita baru.
makanya kembali bercerita tentang spam terkini tersebut.
spam terbaru tersebut tersebar melalui chatbox.

mula-mula..kamu akan dapat mesej melalui chat box dari friends kamu,boleh jadi dari sapa2 pom yang sudah terkena sebelum itu.dan even kamu akan dapat mesej tersebut dari kawan kamu itu walaupon dia tengah offline.bebal bukan?
ayat pendahuluan yang agak mesra akan disampaikan oleh kamu tersebut iaitu:
"Hi. How are you"

kalau dapat mesej yang camni,yakinlah ianya spam,namun kalau mesej itu datang dari kawan kamu yang sudah tersedia jahil dan memang jenis yang tak pandai bagi salam,jadi kamu perlu tak perlu ragu.

jadi bila da dapat mesej yang camni kamu tak perlu reply.dan andai kata kamu tidak mengetahui yang ianya adalah spam.maka sudah tentu kamu akan reply dengan penuh jahilnya bukan?ok.gurauan semata-mata..(gelak ketawa sedikit)
maka bila kamu da reply mesej itu,secara automatiknya mesej kamu yang kamu balas tadi akan terbalas dengan kata-kata:

   "Wanna laugh?"

dan sekali lagi kamu balas mesej ni,dengan automatiknya mesej kamua kan dibalas dengan:

  "  It is you on the video ?)) want to see?) "

dan bila dibalas mesej ni,kamu akan dapat link untuk tengok video dan aku pom tak tau kalau memang betol2 ada video dan apa genre dia..tapi link tu la yang akan menjangkiti pesbuk kamu lantas kamu pula akan jadi penyebar mesej2 pelik dan link tersebut pada kawan2 yang lain..

kat sini aku taruk contoh chatting tu dan hiraukan betapa sengal nya ayat-ayat aku ya.

ok.cukuplah dengan info ini.jijik gila.