ridu datang diikuti Ramadhan.

Posted in By beoma 0 comments

seminggu lebih sudah aku menghiraukan blog ini dan siapa kisah bukan.namun hari ini sepatutnya aku bercerita sedikit sebanyak mengenai puasa dan memang banyak untuk dicerita namun nampaknya semua kandungan dan kebaikan bulan ramadhan telah diragut oleh blogger2 lain dan aku rasa akhir puasa ni sajalah  baru aku akan ceritakan cerita-cerita di bulan puasa.

kali ni aku cuma nak ceritakan sambutan bufday aku dan kawan baik gemok-makan-banyak-ibarat-tong-sampah-MPKB aku iaitu Ridzuan.wah.hari ni puasa la.ok,itu adalah carutan terakhir posting ini.
isnin lepas ridu telah melabuhkan gluteus maximus nya dalam bas selama 3 jam dan tiba di stesen bas KB dalam pukul 10 malam walau perjalanan nya bermula pada pukul 6 petang.aneh bukan? mana perginya satu jam?

kedatangan ridu yang sepatutnya 2 hari namun ter extend menjadi 4 hari memang agak menceriakan hari-hari aku tersebut. gila rindu aku pada dia sial..setahun program asasi aku cuma tahu nak berkepit dengan dia je,manakan aku tidak merinduinya..kemain lagi ayat..
walau baru 3 bulan tidak menemuinya,4 hari ni sudah belom cukup untuk melepaskan rindu. gila gay! sudah tentulah,di rumah aku,kawan2 aku semuanya tidak matang.sukar untuk menjumpai sahabat sepermainan yang mampu memahami lawak tinggi IQ,kurang senonoh aku.

ingin juga aku ceritakan semua aktiviti kami bersama,namun bimbang genre kandungan nya mencapai 40S"ex"...(gelak ketawa disitu)..kami cuma meluangkan masa bersama secara normal..donlod movie banyak2 n layan sama2 termasuk movie2 yang tidak berapa sepatutnya didonlod. breakfast sesama2 pada pkul 10 pagi tanpa mandi dengan taik mata masih melekat. pegi mall bersama akim n helmi. round2 area kampung aku,bawak dia masuk kebun,tengok bola kat kedai sama2, perkenalkan pulut durian padanya.series, orang terengganu memang jarang jumpa pulut durian ke?tiada state-ist disini. dan tika malam jalan2 pusing padang sambil mengumpat dekat anak dara kampung aku yang mana kurang senonoh dan membincangkan cara2 untuk mengatasinya..(tipu melampau).
part yang paling best bila kami semua pergi melancong di pasar malam wcy disini,selesai saja membeli belah kami ke bawah jambatan pasir hor tempat orang selalu memancing.namun diwaktu malam agak sepi.yang kamu dapat dengar cuma bunyi air mengalir diiringi tiupan angin dicelah daun2 pokok.bila da nak pukul 1 pagi tu baru kami pulang. 

di kbmall bersama Dr. Bong

sebelum nak pegi umah akim,ridu duk recall jalan pasar Singgit

melacur diri tepi Pasar Malam WCY

nanti ridu akan sambung belajar di UniSZA..dia sambung blajar Akaun.memang kepakaran dia dah.takdenya dia dapat A+ dalam akaun masa SPM kalo lembap kan?..(gelak ketawa disitu)
kalo UniSZA berada dekat area KL,tadehal aku nak jumpa dan carut2 dekat perut dia,tapi memandangkan U tu dekat je ngan rumah dia siap bleh tumpang minum kopi rumah nenek dia time ponteng lecture akaun nanti,so agak susah la aku nak jumpa dia nanti.
Terengganu tak jauh,tapi susah da nak jumpa member sekepala macam mamat ni.humm..buat pahala sama2,buat dosa sama2..suka sama2,sedih kadang2 aku sorang je rasa,kadang2 sama2 juga. dah2..basah keyboard pulak kan.

current status : puasa 30 hari ni (ada orang cakap 29 je) marilah sama2 penuhkan dengan pelbagai ibadah,ridu banyak pengaruh aku jadi lag baik,so kedatangan dia tidak akan aku sia2 kan,lepas ni sama2 ber amal dan berubahlah di bulan Ramadhan ni ya!