Pre-Medicine 2011

Posted in By beoma 1 comments

jumaat baru baru ni lagi aku sampai ke rumah..perjalanan sembilan jam agak melumpuhkan bontot aku.mungkin menjejaskan rupa bentuk tahi aku nanti.
lama juga aku termenung untuk memulakan posting untuk premedik ni.aku tahu posting nya bakal panjang maka berdasarkan kadar malas aku,aku bimbang posting premedik tidak akan berkualiti jika aku terburu-buru.

niat aku nak posting pasal premedik hanya lah nak jelaskan lagi junior2 baru yang dapat premedik nanti.aku tahu yang semangat mereka hanya lah tahik2 ayam (jangan nak marah aku,aku baru abes la gila)....(mungkin patut letak gelak pura-pura seperti "hehehe" untuk meredakan kemarahan).."hehehe"...

posting aku ni lebih ditujukan kepada junior2,hiraukan bahasa yang diguna.

jadik dalam 60-70 hari lepas aku juga telah terpilih untuk menyertai program premedik ini,memang abes segala sumber aku rujuk untuk tahu lebih lanjut pasal program ini, dan kami hanya bergantung kepada senior2 untuk rujukan yang lebih jelas kerana tak ramai orang posting pasal premedik.
dan bila kami pergi ke premedik ternyata program ini sangat best.dan seriously best,aku takde niat nak kutuk uitm la gir-ler.
basically,sumer yang pergi ke premed are totally out of idea mendalah apakah premedik ini,benar premed stand for pre-medicine atau persediaan ke medicine..tapi apakah fungsi dan faedah program ini? dan apakah program yang terkandung di dalamnya? apakah inisiatif yang dilakukan UiTM untuk membuka mata student pre seperti kami? walau kami memang tidak dijamin betul2 akan mendapat tempat tapi program ini mampu memback-up student yang dapat premedik.
bagaimana?..ok,kemasukan ke IPTA still bergantung pada UPU,tapi jika kamu tidak terpilih untuk ke program perubatan,kamu boleh membuat rayuan,kemudiannya pihak UPU akan menimbal rayuan antara student yang dapat premedik atau tidak,kalo yang dapat premed,maka advantage untuknya.dan sekiranya pembuat rayuan adalah dua-dua yang dapat premedik,maka keputusan adalah berdasarkan result exam masa mereka berada di premedik. faham x?

then,program yang terkandung dalam program ini hanyalah sekadar menunjukkan bagaimana status pembelajaran pelajar medicine.kita juga akan didedahkan tentang beberapa penyakit yang berkaitan dengan vital organ.penggunaan beberapa alat dan radas yang digunakan untuk mengukur kenormalan dan status organ-organ tersebut sepert sphygmomanometer,stetoskop dan 2-3 ketul lagi..ala,benda biasa je..
selain itu,ada juga program ECE atau Visit dimana kamu akan dibawa ke hospital-hospital yang di linked dengan UiTM seperti Hosp. Sungai Buloh dan Hosp. Selayang dan beberapa Klinik Kesihatan.dekat situ,kamu akan lihat bagaimana real doctors bekerja.ala,benda ni kalo pegi hospital sebab sengugut or berak cair pom kamu boleh dapat lihat jugak macam mana doktor bekerja kan? just masa Visit tu,kamo boleh tanya macam2 dekat doktor,every single question boleh ditanya..pasal malam pertama dia ke,malam kedua dia ke,pasal bilangan anak perempuan dia ke dan macam2 lagi dan please jangan betul-betul tanya soklan2 yang kotor2, bar-ngang.

terdapat juga kelas PPD yang mengajar kamu tentang etika menjadi seorang doktor,bagaimana nak jadikan diri kamu lebih berkualiti even aku da skip kelas tu dalam 2-3 kali and hell yeah nama aku dipanggil masa aku tak datang.masa aku datang,takde pulak nama aku nak diutarakan.but kelas tu sangat pentingla even kamu akan lupakan kandungan nya lepas beberapa jam pabila menghadap Flatout 2 and movie2 baru abes download dengar kadar kelajuan internet yang tinggi dekat kolej kediamannya.tapi kandungan dalam PPD itu tak kan di ditanya dalam exam nya nanti.

pasal exam nya pula.untuk tahun kami.format yang diguna mengandungi tiga jenis peperiksaan: OSPE,SAQ dan MCQ..
basically OSPE adalah exam bergerak,korang kena bergerak dari bilik air ke bilik air untuk jawab soalan....(bunyik cengkerik).....tak gelak ke?.aq buat lawak la sial. adoi.ok.OSPE adalah exam yang mengandungi 14 stations dimana 10 darinya adalah station untuk jawab soalan dan 4 lagi adalah station untuk berehat.dan station2 nya semua berada dalam satu makmal je.bukannya dalam bilik air.tapi jika tetibe nak terberak,maka bertambahlah "station" kamu. setiap station,masa yang diberikan adalah 4 minit sahaja.
MCQ ialah exam selama sejam yang mengandungi 30 soalan.dan setiap 30 soalan ada 5 anak soalan.total adalah 150.jangan terpanjat la gila, soalan ini hanya true false sahaja.insyallah senang sahaja.
SAQ pula adalah soalan esei.,ada 3 soalan esei dan kamu kena jawab semuanya...berdasarkan pengalaman kami,kami kena rush juga sebab masa tak beberapa cukup,namun soalan yang keluar takdelah sangat susah.hanya soalan seperti sebab2 kejatuhan melaka dan jenis2 tarian stripper di dalam helikopter black hawk.tolongla percaya bar-ngang.
dan overall,kamu tak perlu study gila2 masa berada di premed ini.tapi jangan tak study langsung.

tapi,pada tahun kamu format mungkin akan sedikit berubah,so kamu kena bersedia untuk pape perubahan ya. dan disini aku sertakan beberapa album yang aku curi dari rakan seperjuangan.di dalam nya ada gambar2 ketika berada di premed.

aku punya       -  holidays of pre-medicine 2011
dari akak sam- premedic uitm 2011
dari abang badrul - pre-doctor's life
 
yang lain tu,pandai2 la cari ye~
orait adik2,gud luck yup!

dan aku nak ucap trima kasih jugak apda bad,akim,bong,pali,ustaz,faiz dan yen sebab jadikan premed aku a slice of happy memory of my life ( emotional sial)..