Perancangan Perkahwinan dan Berkeluarga saya.

Posted in By beoma 2 comments

dalam Matlamat Hidup aku,di senarai yang ke sembilan..aku ada berkata yang aku akan kahwin bila kakak dan abang aku dah kahwin atau dua dari adik aku dah kahwin.tapi secara lebih spesifik,aku merancang untuk kahwin pada umur 30 tahun..

"damn!"

pasti ada hati yang luluh bukan?sebab terpaksa tunggu aku lebih lama.
benar.
beberapa kawan lelaki aku tidak bersetuju dengan rancangan aku..
"gila mung,aku maso tu ado 6 oghe anok doh,mu baru nok nikoh!"

kawan perempuan pula..
"wha??,mung crazy ke??tak kan i nak kena tunggu lagi lama,nanti orang panggil i andartu pe jadah!"

tapi aku bukan sekadar merancang kerana ingin menakutkan kawan-kawan atau sebab nak hancurkan angan-angan sesetengah gadis.tapi aku betul-betul serius pada rancangan aku.
aku da siap set date perkahwinan aku lagi..insyaAllah aku akan diijabkabulkan pada 22 julai 2022...
lawa gila date!
lagipom,pada umur 30 tahun tu,aq pasti,tu la tahun paling sesuai untuk aku kahwin,aku tak gentar pada umur anak-anak yang masih muda kalau ajal aku sangat awal.
kalau aku mati pada umur 50 tahun.maknanya anak sulung aku mungkin berumur 20 tahun(Allahua'lam).tu kalau aku betul-betul mati masa umur tu.kalau lagi awal nak buat macam mana.ajal maut kat tangan Dia.

lagipom,kalau rezeki allah pada aku sekarang ni adalah yang benar,maka aku akan habis belajar Perubatan pada umur 24-25 tahun..kalau dapat buat AMS(insyaAllah)..mungkin tambah lagi setahun.part selepas abis belajar dan tempoh HO ini aku masih khuatir sebab aku dah kurang pasti dengan tempoh HO..tapi insyaAllah,aku target untuk buat specialist dalam range umur 30 tahun.jadi masa tu lah paling sesuai nak kawin. kalo HO tu sampai 5 taun,jadi aku akan kawin masa nak abes HO la insyaAllah.

sebenarnya,tujuan aku satu je,aku cuma tak mahu rumah tangga aku awal2 mengacau masa aku untuk jaga umi dan abah aku kalau mereka masih ada masa tu. kalo kahwin lewat pun,nabi masih mengaku umat kan?. kalo dah wat specialist tu,kurang sikitla gangguan kerjaya.

jumlah anak-anak masih dibawah ketentuan ilahi.namun buat masa ini,aku menggemari jumlah anak-anak seramai 6 orang sahaja....kalo aku mati masa 50 tahun atau lagi awal (Allahua'lam),sengsara jugak la sulung aku yang berumur 20 tahun ke bwah tu nak jaga adik2.. (gelak ketawa)..namun semuanya di bawah tentuan ilahi..

Kita merancang,
Allah menentukan.

pasal jodoh aku tu pom tak payah bimbang,aku yakin pembaca berjantina perempuan sangat gugup gentar akan nama nya mungkin diudarakan disini.tidak mengapa.borang permohonan masih boleh di beli di koperasi UiTM Shah Alam.kalau ditolak. borang rayuan masih boleh didapati di bahagian Dobi Kolej Mawar.

im still available. (gelak ketawa)