Jawapan dari UPU

Posted in By beoma 0 comments

sekarang ni jam menunjukkan pukul 11.16 pagi..da macam cerita hantu pula kan?..
ok whats happen right now is almost berthousand2 student lepasan asasi UiTM,UM dan sebagainya dan budak matrikulasi sekali tengah tunggu result UPU keluar pukul 12 tengah hari nanti means dalam 42 minit lagi ( maknanya aku menaip semua ni dalam 2 minit..bapak lembapnya)

motif utama posting hari bersejarah ni ditulis walau sejarah nya belum terjadi lagi adalah untuk mengeshare kondisi jantung aku sekarang ni..
pagi tadi aku makan nasi dengan tenang sekali dalam pukul 9 camtu,langsung tiada teringat pasal jadah UPU ni..tetibe aku terpandang jam dan sumpah jam sangat penting hari ni, berthousand2 student mungkin telah menjeling jam di dinding dan tangan mereka serta lappy mereka untuk berthousand2 kali hari ini.dan bila saja aku menjeling jam di dinding,terus aq terbeliak mata aku dan tersandar..nafas ditarik panjang.tapi seperti langsung tiada oksigen dalam komposisi gas yang di inhale tadi..man! 3 jam lagi.

umi aku terdengar dan dengan tenang menenangkan aku yang ibarat disampok setan ini,aku terguling2 di atas lantai,buih2 putih berjebak terkeluar meleleh,kepala ku terdongak menegangkan leher aku,belakang ku terangkat dari lantai di tahan kepala aku,mata ku hampir hilang menjeling ke atas meninggalkan putih mata sahaja.   wah..setan sungguh aku punya penipu. 

"tak kisahlah dapat apa pom,itu mesti yang terbaik"
penuh tenang umi mengeluarkan kata2 itu.

aku terdiam dengan senyuman yang tiada erti.hanya bibir melengkung mengambil hati umi.

sekarang sudah 11.28.....lagi 32 minit...masa berlalu....

************************************************

sekarang pula sudah pukul 3.58 petang jam desktop.sepatutnya kata-kata ini dipenuhi seksaited dan teriakan gembira memandangkan UiTM da save tempat untuk aku dalam program Ijazah Doktor Perubatan...alhamdulillah dan maaf la kalo bunyi macam berlagak ke apa, ni blog aku an,so kena tulis yang betul2 jugak kadang2..takleh nak menipu selalu.kang aku da tua2 karang aku pom tak paham apa yang aku tipu tu.

pukul 12 tepat memang aku sudah tersedia terduduk depan komputer. dalam screen tu dia da mintak IC and nombor matrik..da memang dasar budak agak celaka,maka aku terpikir sama ada nak check aku punya dulu atau luqman hakim dulu? tapi mungkin sebab da nak semayang jumaat kan,jadi setan da balik rumah kot,terus hilang niat jahat tu..
aku terus je check aku punya............


masa tu aku pom tak ingat aku buat-buat nangis ke bebetul nangis..tapi tak keluar air mata rasanya..aku bagitau mak aku terus dia datang nak tengok sendiri dan berlangsung la babak tangisan gembira ibu dan anak beserta ayah di kelilingi lagu sentimental entah dari mana..ok,yang ni aku bebetul menipu.umi ucap tahniah dan terima kasih.

almost semua dari premedik bersama aku dapat program ini walau ada sebahagian yang terpesong dan memang agak menikam jiwa bila kawan baik aku pom dapat tempat lain..aku khuatir nak sebut nama dia disini takut dia marah ke apa kan..tapi tanpa dia agak sadis jugak rutin kebiasaan yang akan aku lakukan nanti..sapa nak teman aku main basketball lagi,sapa nak teman aku tengok cter hinsutan lagi,sapa nak teman aku nyanyi lagu hindustan lagi..lagi2 lagu super junior yang no other tu..sial juga kesadisan ini...tak leh juga nak ushar awek sesama dan berbalas kutukan berbaur pujian.
bye Badrul Hisyam (smiley muka sedih). do the best in medicine dekat sana nanti!

apa-apa pom aku sangat bersyukur sebab di berikan rezeki ini dari Allah SWT...aku harap ini bukan nikmat darinya yang akan makin menyesatkan aku namun,satu lagi ujian untuk menguji kesabaran aku sebagai anak kepada pasangan Abdul Rahman Bin Ismail dan Mek Yah binti Daus yang tak abes2 memberi semangat pada aku dan menjadi vertebrae column kepada semangat aku selama ini.
memang kos ini agak ketara bebeza dari apa yang aku kejar dulu. dulu bagai nak mati aku sukakan arkitek dan engine bagai.langsung tiada dalam target untuk jadi doktor sebab aku takut aku tak layak. namun umi dan abah amik risiko meletakkan aku dalam asasi sains tahun lepas memandangkan aku tidak beberapa berpeluang menjadi arkitek.
belajar punya belajar,sedikit demi sedikit aku mengharapkan aku dapat sambung ke medik di UiTM.harapan aku dahulu.dan sekarang harapan aku tercapai diiringi doa umi dan sokongan abah membaluti usaha aku.
harapan tiada kata mati.makin bertimbun dek jalan yang bersambung.harapan membina bila jalan baru ditemui. Advance Medical Science!


sekarang aku da boleh merahkan dua lagi harapan aku dekat Matlamat Hidup (post dulu kala).
iaitu :

4. dapat IPT (selepas matrik) yang baik utk saya..
5. Sambung dengan kos engine or archi..medic pun ok..

jadi sekarang! bereskan segala surat tawaran!!!!