Edisi Bumper : post keseratus dan beratus-ratus noti.

Posted in By beoma 2 comments

pasti kamu perasan bukan sebelum ini aku kerap mengepost post yang mempunyai tajuk post "post limiting edition"? ya,memang hanya dua kali,tapi sudah cukup untuk dipanggil kerap bukan? jangan bertengkar dengan aku! benar,malam ini tidak boleh emo-emo.
jadi jangan harapkan untuk membaca kisah cintan cintun meleleh sampai pecah air ketum-ban-ngang.


jadi sebab utama aku mengepost post-post limiting tersebut adalah supaya pada hari ini aku dapat cecahkan jumlah post aku kepada post yang keseratus!!! 


*cengkerik*


aku yakin hanya aku je yang bersemangat dan tolong fahami maksud kata seru tersebut.sepatutnya kamu akan terkejut sambil ternganga sambil bergegas untuk mengecheck bilangan posting dan dengan ghairahnya berkata.
 "a'ah,post keseratus la!!"


*cengkerik lagi*


damn!
tapi kenapa malam ni dipilih sebagai malam unutk jadikan post ini menjadi post keseratus?????
kawan-kawan???? any idea????


*cengkerik*


babi la cengkerik!!!!
biar sahaja aku bersoaljawab seorang diri. malam ni atau secara general,hari ini,adalah hari lahir aku atau hari aku mendapat beratus-ratus notification di facebook. ya.biasanya,aku duk main klik home tiap-tiap minit dan pantang keluar noti,terus aku tekan,jadi susah mungkin noti aku mampu mencapai bilangan yang keseratusan.namun hari ini aku sengaja secara terkutuknya tak bukak facebook di awal pagi. tanya sahaja syakir jamali,pukul 7.30 pagi,nama kami sudah sedia ada tersergam di chat list.katanya bapak dia suh menoreh getah di pagi hari,entah celah mana getah keluar dekat laptop dia.(gelak ketawa disitu).
sebab apa aku tak bukak facebook di pagi hari adalah sebab aku nak tengok noti aku kat atas tu mencecah ratusan di malam hari. tak terdetik di hati nak bajet hot atau apa.tapi kalau sorang pom dari ribuan friends aku tak wish bufday aku,memang aku de activate terus la facebook aku ni.atau memang mark suckburger tu dengki dengan aku,time bufday aku jugak la dia nak jammed kan server. namun belom sempat matahari bertenggek di celah awan,aku dengan secara tak sengaja nya terbukak facebook aku. teguh pendirian di situ.


******************************

jadi,pada hari baru ini,merujuk kepada hari-hari yang mendatang.aku terfikir untuk mengubah corak kehidupan aku.ramai kawan menyuruh aku bersifat lebih matang.bermakna,kuranglah kuota carutan seharian,aku juga da tak boleh nak ejek sangat Ammar razin dan adik dia. aku juga dah tak boleh nak bermanja-manja dengan baby aku. tiada lagi nak bergembira di jalanan mengusik awek yang lalu lalang.juga sudah tak dapat nak berlari-lari dalam mall-mall di area KL bagai. paling teruk,bayangkan isi kandungan blog aku akan lebih kepada menasihati kawan-kawan dan berisi kandungan yang lebih bermanfaat. tiada lagi blog lama yang dijadikan tempat untuk diluahkan perasaan sambil mengumpat rakan-rakan yang bersifat sedikit celaka pada aku.agak sengsara jadinya.

namun benar! aku harus mengubah jalan hidup aku.atau memodify nya sedikit agar lebih menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat pada diri aku. 

maka.......

apakah???  bufday je pon,taun depan ada bufday baru lagi.pastu nak ngubah2 lagi.yang bezanya ajal makin dekat,umur makin singkat.
amalan pada dunia jangan dikurangkan dan ingatlah kita hambaNya yang dicipta hanya pada satu sebab.iaitu untuk beribadah padanya..tengok!,aku baik apa..ada jugak part-part kemalaikatan..bukan nya nak bersetan je kat blog neh...

jadi,pada kawan-kawan yang mengucapkan HB ke ,happy bufday ke, eppY bUfday versi gedikz ke dan pelbagai bentuk lagi,terima kasih ya,kejap,sanah helwah tu apa? mestilah happy bufday kan,tak kan budak2 ni nak post selamat hari iban kat wall aku. bahasa sarawak kot.