bila Honda Kancil @ Perodua City main samak dengan aku.

Posted in By beoma 1 comments

dah lama juga aku tidak melacurkan diri bersama Honda Kancil @ Perodua City aku memandangkan terlibat dengan program sebulan yang diceritakan di episod lepas.
hari jumaat 3 hari lepas aku ada membawanya bersama meronda-meronda pasar tani Pasir Tumboh.
mungkin umi ku ada sekali pada hari itu makanya besi berat merah itu tidak menunjukkan perangai terkutuknya seperti biasa dan juga biasa
perjalanan agak lancar dari rumah ke pasar tani,pasar tani kembali ke rumah walaupon diisi dengan sebakul durian berbau ketiak.
sangat hipokrit.memang celaka punya hipokrit.

kemudiaannya hari ini pula,akibat dari mengutuk dan membahan Ammar Razin beramai-ramai,terus datang bala pada aku.
kejadian berlaku di pagi ahad hari ini ,memandangkan mereka bersekolah petang,maka parti mengutuk Ammar Razin dilakukan pagi itu di rumah nya sambil2 melayan Kongsi dan KL Gangster buat kali ke berapa belas bagi diriku.
kutuk punya kutuk dan menonton punya menonton sampai la ke pukul 12 tepat. bas yang kutip dorang ditepi jalan seperti biasa telah pom melewati mereka.dalam bahasa pasarnya,mereka da tertinggal bas.
dan memang keturunan aku,bila da bahan kawan sampai tertinggal bas,tak kan nak dibiarkan saja kan?..ibarat perogol melupakan Durex bak kata razman...makanya aq mengambil tanggungjawab untuk hantar mereka ke sekolah yang tak beberapa jauh dalam 5 km lebih kurang.

dan sumpah,masa tu aku percaya gila-gila dekat Honda Kancil @ Perodua City aku.maka aku tanpa bayaran nya terus melacurkan risiko untuk menggunakan nya untuk hantar budak2 ni..
dan perjalanan sangat lah lancar sampai la kesekolah. tiada sekat-sekat dan tiada henjot2...
aku bangga dengan Honda Kancil @ Perodua City aku itu.

kami bertata mesra sambil memberi kucupan selamat tinggal dan selamat malam memandangkan waktu tidur tengah hari dah sampai bagi mereka dalam kelas nanti..
baru sahaja aku nak masukkan gear,tetiba Honda Kancil @ Perodua City aku terus melepas kan bunyi ibarat kentut. icon battery menyala tak tentu pasal.

"astaghfirullahalazim!" kata hati besar ku tak beberapa nak ikhlas.

"what the fcukk! " hati kecilku berkata jujur!

memang masa ni sudah hilang kepercayaan aku.tabiat buruk kereta aku da balik semula.
aku tenang tanpa melafazkan carutan pra matang. aku hidupkan balik kereta tu,ya.ia hidup kembali.tapi aku sangat yakin yang aku akan melinangkan air mata kat tengah2 jalan nanti.
kereta aku bergerak lancar sampai la ke trafik light pertama.
dan ya sekali lagi.kereta ini benar-benar ingin main samak dengan aku.
hanya kalkulator mampu membilang jumlah carutan aku.
bila sahaja lampu isyarat bertukar merah,seakan-akan sudah sampai seru untuk dia mati enjin lagi.

bayangkan tiap kali tiba di trafik light atau tatkala aku melepaskan minyak,konfem kereta akan mati.kalimah Allah juga disebut2 tanda aku masih islam.

dan selepas lima kali kereta aku mati di tengah jalan,maka aku give up sementara menunggu enjin sejuk. aku pandang meter yang mengukur kepanasan enjin aku.
"buruk gila"..jarum kecil itu tak habis2 menyontot garisan Hot...apakah? baru semalam aku isi air!

aku parking di sebuah rumah jiran aku (40 rumah dari rumah aku) memandangkan kebetulannya sorang mekanik member bapak aku melalui kawasan itu dan menumpangkan aku balik ke rumah .

lantas carutan binatang-hidung-tinggi dicarut-carut pada Honda Kancil @ Perodua City aku.
benarlah kereta ini suka main samak dengan aku.