sedikit kisah separa babie di Pre-Med.

Posted in By beoma 0 comments

sepatutnya segala bagai cerita di premed akan dikongsi di hujung program, namun aku bimbang aku akan melupakan kisah ini.
dan ini sebenarnya bukan satu kisah sangat tapi satu fenomena yang melanda aku yang tak mampu aku halang.
cukuplah dengan gabungan kosa kata megarut seakan puisi itu.

tadi aku meghadiri kelas Kemahiran Kinikal.seperti yang tertera. memang kelas itu mengajar kami semua tentang sedikit sebanyak kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai apabila da jadik dokter nanti,insyaAllah. banyak meja telah tersusun dengan kemahiran2 yang berbeza yang akan diajar di setiap meja.
segala bagai aktiviti telah kami lakukan seperti CPR, ukur kebutaan mata, check darah, kepekakan telinga dan macam-macam lagi. babie! asal ayat aku macam karangan. namun itu masih belum cukup babie, bahagian yang paling babie adalah apabila kami tiba di sebuah meja yang mengajar kami kemahiran menyuntik..!
damn!
bagi je aku sebilah pisau bedah dan aku mampu potong tangan member aku tanpa rasa ngilu dan seram serta bersalah,tapi sumpah, bila aku tengok je jarum-jarum yang ada atas meja tu, lutut ku terus longlai lemah ibarat di-mas-turbek, jantungku berdegup kencang, stroke volume dalam 5 liter mungkin! bulu roma aku da berdiri mencanak!
i damn hate the damn-sharp-end-tiny-stick!..
shit!

macho masih dicover depan segala member-lain-jantina..hiraukan yang sama-jantina.
masa tu jugak la persent aku nak pilih medik time degree nanti turun mendadak..
namun peluh di muka tak meleleh tanda nerves..bilik sudah ber-air-cond...mungkin uitm da dapat balik bekalan letrik setelah dipotong genap seminggu minggu lepas.,mana tak nya,bilik kuliah sama level dengan oven..
usah diceritakan bagaimana abang staf bilik tu mendemokan kami cara untuk menyuntik satu lengan palsu tadi. kemain lentiknya jarum tu menembus tangan tu.damn la!!!!

keseraman pada jarum bermula bila aku dibius masa kecik dulu.
lepas peperiksaan UPSR 7 tahun lepas,aku dihantar ke hospital oleh abah aku,
keadaan aku kelihatan normal, namun aku tak berapa sedarkan diri dan darah langsung tidak meliwati muka ku.
kulitku pertama kali kembali putih kerana kepucatan itu.di waktu yang lain,ia kekal gelap.
aku merasakan ianya hari terakhir untuk aku.nafas ku tak beberapa normal.kadang2 sangat dalam.
kadang2 langsung tiada. aku tahu yang saat tu akan tiba dan aku tak mampu menghalangnya.
abah dibenarkan menemani aku di saat itu.umi tak dapat hadir kerana ada hal yang penting di sekolahnya.
bila doktor benar2 sudah memilik tubuh badan aku,aku hanya mampu memandang mata abah aku,disuruhnya supaya ku pejamkan mata ku,abah aku peluk aku.lama aku terdiam dalam dakapan nya menunggu dokter memulakan tugas.lama kemudian jarum2 yang tajam mencucuk2 tubuhku.....................sakitnya hanya tuhan dan aku yang tahu.

begitulah aku dikhatankan dulu.

dan sampai sekarang aku benci akan jarum.babie..




tambah sikit: semalam aku tepon baby aku, dia dengan penuh semangat dan ceria serta penuh comel bagi salam dekat aku..namun talian terputus sebab abis bateri.aku call lagi skali,dan dia masih bagi salam dengan nada comelnyaaa..wuwuwu~~pastu terputus lag~damn~ aku call lagi..kali ini dia da penat and give up bagi salam~~~~alololo bulalaaaat comel~ ...takde motif~~