pre-pre-medic

Posted in By beoma 1 comments

pre-pre-medic dan pre-medic adalah dua benda berbeza...
pre-medic adalah program persediaan ke medic.,.,
manakala pre-pre-medic adalah persediaan ke program persediaan ke medic..
dan program tu akan berlangsung dlm tempoh dua minggu ni.,.,pre-medic sebenar adalah pada 30 mei ini...
biarkan saja kalo x paham.,.,baca yang bawah sudah..

okkeh.terus kepada isi dan carutan yang lebih matang.
bila di imbas kembali ke setahun yang lepas.,.,betul2 setahun yang lepas.,.,
pada waktu atau tempoh yang sama pada tahun lepas..aq masih ingat di saat2 ini kami memakai baju batik UiTM yang rekaan nya yang di level luar carutan tapi saiz nya memang boleh dicarut.,,.
kalo spesis macam aq ni,time nak beli baju baru boleh la pegi carik dekat bahagian bayi dan kanak-kanak.,.,
kalo pegi beli dekat bahagian biasa memang susah nak jumpa.,,
bufday aq bulan tujuh ni..jadik aq da bagi klu supaya sapa2 yang membaca ni mudah untuk mencari baju baru untuk aq sebagai bufday present.
makanya baju batik yang di'hadiah'kan oleh uitm dgn harga brapa puluh tu memang di luar saiz aq.,.,
seperti mengkapankan cicak kubing sahaja.,
tapi ridu terselamat kerana saiznya yang di luar saiz baju telah menutup aib di perutnya.,.,

apa jadah haram kami pakai baju batik pada waktu tu(setahun lepas)?
pada tempoh ni sebenarnya kami telah menghadiri satu talk untuk student asasi.,.,
masa tu memang kami newbie n fresh gile lah...masih di tempoh orientasi n lemon ice tea breaking lag..
maka talk itu men'talk'kan segala kisah mengenai kehidupan student asasi,pointer2 yang harus dicapai n segala bagai harungan yang perlu diharungi...
dan masa ni la entah-siapa-ku-lupa-yang-bagi-ceramah tu mula bercerita pasal program premedic.,.,
memang di luar target kaum-buku-campak-bawah-katil seperti aq la untuk menyertai program itu lebih2 lagi pointer yang dikemahui untuk dapat sertai program tu just 4.0 dan beserta syarat2 lain...
pre med stands for Pre-Medicine or Medical,aq x taw nama panjang medic...tapi yang pasti program ini berkisarkan pengenalan ke Medic..kat sini la segala bagai kehidupan seorang student medic dan seorang manusia berkarier medic hidup.
5 minggu je...kat sini memang banyak giler QnA pasal premedic tu..baca sendiri.,.,
tapi x semua student premed akan bebetol dapat medic.,.,mungkin ada yang tersasar..

balik pada kisah aq..
masa tu aq memang x pasti ijazah apa yang aq nak bila da abes asasi,,.,
tapi aq pegang kata bapak aq.,.,"kutip cukup2,baru pilih".,.,
means grab the highest pointer baru pilih ko nak apa.,.,
kalo da jenis x berapa nak ada impian macam aq ni x perlu la nak kelam kabut memikirkan apa impian yang perlu diimpikan.,.,
sampai terlentang atas katil slama dua sem memikirkan impian.,.,
makanya...aq rembat n ambak betol2 for the highest pointer.,.,

alhamdulillah dapat juga batu jongkong rata 4 sisi tu.,,.

then alhamdulillah aq dapat jugak premed tu walau mak aq yang dapat mesej notis dari UiTM tu..
aq x taw kalo UiTM betul2 target umi aq untuk buat premed..
memandangkan ramai jugak mak2 kawan2 aq yang dapat mesej tu,maka kami pasti premed itu bukan untuk ibu2 kami...

maka sekarang ni kami menunggu surat itu.,.,
yang mengandungi janin2 segala prosedur,dressing code,cheat code n segala bagai untuk ke premed tu..
tempoh inilah yang di panggil pre-pre-medic..

dan aq da buat azam yang baru untuk ke premedic ni!!!
dan azam ni la yang akan mencorak masa depan aq...!!!!
di sepanjang pre med ni!
aq akan.,.,.,!!!!
(camne nak tamatkan posting ni?)