bola bakul dan tiket.

Posted in By beoma 1 comments

semalam aku buat reunion + main basketball dengan member2 ex-meresem Kuantan.
dalam 5-6 ketul je.planning di jiwa nak main dekat skolah SIC memandangkan tak banyak kort basketball dekat klantan ni.dan kami memang suka anggap sekolah SIC ni macam skolah bapak kami sampai kami langsung tak buat date or tempah dulu sebelum nak mengguna. makanya kami dihalau sebelom sempat menjamah kort tu.

kemudiannya kami menuju ke USM untuk guna kortnya memandangkan adib da guna kuasa bapak nya agar kami dapat lepas masuk ke dalam.maka kali ni wajar kami menganggap USM ni macam U bapak kami.
kul 8 janji nak main,kul 10 baru kami dapat nak start game,takpe,kami anak melayu..men game sejam terus stop.
sumpah penat main basket n lari2..da berapa lama aq duk ngadap TV n PC je tanpa buat apa2..
ada jugak aq try jogging pagi2 sebelum ni,abis pakai kasut je da semput,terus masuk rumah balik n sambung tidur.

makanya kami terus menuju ke kedai mamak untuk tolong tebar roti canai.namun memandangkan ianya hari khamis,maka takde kedai maka yang dibuka.seterusnya kami menuju ke kedai CPT n ABC...CPT stands for CePaT..tapi secara matang nya CPT ialah Cendol Pulut Tapai...sumpah sedap..kalo tak abes pom bukan sebab tak sedap tapi sebab nafsu kao tak gagah.borak2 sambil ngumpat2 terus kami bersurai.

petang tu pulak aq keluar ngan luqman hakim ke Stesen Bas tuk beli tiket ke Shah Alam for this  monday.janji pkul 4,kul 3 dah datang,aq khuatir kalo luqman betul2 anak melayu.

abes.

asal makin bodoh blog ni?