aktiviti ke-separa-kekeluargaan dan aktiviti ke-sepenuhnya-kekeluargaan.

Posted in By beoma 0 comments

bila duduk bersahaja,otak ku tegar memikirkan ayat2 untuk mengepost event2 terkini yang berlaku dalam kehidupan seharian...namun aq bukannya tiap masa mengadap PC maka 'entri2' yang disave dekat 'draft' kepala otak ni akan semudahnya hilang berdasarkan level nyanyuk yang agak tinggi..tambahan lagi..makanan berlemak yang banyak ibu ku suap juga menambah daya kurang-ingatan ku.

namun akhir2 ini aq tegar melakukan aktiviti separa-kekeluargaan pramatang di cybercafe bersama kanak2 yang sepenuhnya kurang matang..namun kami bukannya menonton bahan yang terlampau matang..namun bahang Counter Strike masih terasa di jiwa so-called-kanak-kanak ini.maka aq selalu mengangkut 3-4 ketul member-rapat-6-tahun-lagi-muda ke cybercafe utk main CS tu dengan Perodua City@Honda Kancil ku..sesampainya ke CC..kami just ketuk suh abang tu bukak dan dia terus bukak..kami khuatir sama ada abang tu gentar pada kami atau memang kami je pengunjung CC nya..insiden tembak-menembak menghangat kan suasana CC di pagi-tiap-hari diiringi jeritan dan laungan kami dan akhir sekali kami akan pulang setelah ditgur orang-orang masjid sebab kehangatan tu terasa sampai ke masjid..mungkin terkurang iman mereka nak sembahyang dhuha disebabkan kehangatan tersebut.kami pulang dengan Honda Kancil @ Perodua City aq.orang masjid agak terkedu.bukan kes biasa kanak2 kampung pramatang umur 13 tahun "termasuk" aq yang pergi CC naik kereta semata-mata nak main CS.

dan semalam adalah aktiviti sepenuhnya kekeluargaan bersama family tersayang..kami sambut bufday abah kami dan celbrate ngan sedikit BBQ.ok.agak banyak la..aq da sumbat 3-4 ketul ayam ke dalam rongga berhawa nafsu kuda ku dan kemudiannya dijemput untk makan bersama sedikit tetamu dan sekali lagi menyumbat2-3 ketul ke dalam rongga yang sama.jangan dikaitkan dengan kanak2 yang kelaparan di palestin.bukan tetiap malam kami berhidang begini..lebih2 lagi nak tunggu kesemua kami adik beradik berkumpul begini..

dan sekarang juga aq da bekerja.malahan.pilihan ini ku rasakan lebih baik.
kerja kat rumah je.tayah pakai minyak motor.x yah bimbang pasal makan minum,rembat je apa ada kat dapur.keje depan PC.bleh dengar lagu sambil2.nak rehat ikut suka hati.penat boleh panjat katil.
gaji depend pada bilangan pelanggan.3 orang aq bleh dapat rm50 selama 3 jam.tp aq x buat begitu.mungkin ku kikis lam 20-30 sahaja.niat kena baik. rm20 sehari cukupla,keje x banyak pom.

p/s : congrat pada abang ku sebab dapat jadi hakim debate antara universitas2 yang hot macam Oxford dan Cambridge beserta Harvard...next month g Korea,pastu g Filipine pastu ke mana entah.aq da suh dia kim salam kat Taecyon 2PM.n aq da kikis juga baju baru abangku tadi.dapat jugak baju 6 helai free2..tade kao nak dapat baju free2 umur 19 cenggini..nak tak nak kena keje gak baru bleh beli.