pemangkin carutan.

Posted in By beoma 0 comments

aq ada baca sebuah manga yang best..sorang awek ni duk bersembunyi ngan pakwe dia dlm satu rumah dsebabkan seluruh bandarnya da djangkiti satu infeksi n semua jadik zombie..part yang sweet adalah bila pasangan kekasih ni sama2 cabut semua gigi masing2 andai kata salah sorang dari mereka dijangkiti nanti..yang sorang lagi xkan gigit pasangannya untuk sama2 berkongsi jangkitan itu...manis bukan rasanya?

okeh..tu bukan cerita yang nak aq kongsi harini..cerita kali ini ber-genre WTF.aq x bergurau secebis pom.

hari ni da bleh check result permohonan ijazah temuduga USM.satu mmber aq ni ada pm aq melalui fesbuk utk check result kalao aq ada apply ijazah jenis tu masa fasa 1 dulu. jadi aq terus check.
namun sebelum aq check.aq kena ikut prosedur-hati-kotor dgn menge-check result kawan2 aq dulu seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.mati la...
ok nice.akim dapat interview ijazah perubatan kat USM..menarik bukan.aq tidak mencarut secebis pom dengan berita-yang-aq-tahu-dulu-debelum-dia-tahu  itu.dia ulat buku..dia memang layak.
lantas aq check aq punya plak..

lag nice.aq dapat interview ijazah dietetek..maaf..dietetik...aq menipu kalau aq cakap aq x mencarut.
memang boleh dibilang dengan kalkulator la berapa kali nama binatang haram tu disebut2..
namun aq bukannya jenis yang gila mengejar impian sampai nk pegi kol USM cari pasal sebab dorang cari pasal ngan aq pegi bagi interview untuk ijazah selucah itu...

jadi aq duduk,baring dan amik wudhu untuk tenangkan diri...mungkin aq layak yang ijazah yang camni je..memang terlintas juga kenapa hakim bleh dapat dan nape aq x dapat...walaupom dia pakai spek,comel n kelihatan edukated..tapi result kami sama je...
huwmm..terpikir sejenak..
ouh damn!.,.,memang aq pegi letak dietetik pom masa fasa 1 dulu!
tanpa sedikit keinsafan..ku julang2 nama binatang haram itu.

ini semua salah server kat uitm dulu la sebab pegi block kami dari bukak redtube.
maaf.silap..ini salah server uitm la sebab sangat lembab..makanya aq telah mengisi permohonan itu secara gelabah hinggakan pegi letak dietetik dekat first choice memandangkan pilihan itu masih boleh diubah pada fasa 2.....

tadi aq dapat mesej dari nombor 15888...dia cakap da bleh check result temuduga USM da..nak je aq reply dengan penuh carutan.tapi bertambah bodoh la kalo pegi reply dekat 15888...boleh ke?